WAHYU Kata Pengantar - Today's Malay Version with Deuterocanonicals
Kata Pengantar Wahyu kepada Yohanes ditulis ketika orang Kristian dianiaya kerana kepercayaan mereka kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan. Tujuan utama penulisnya adalah memberikan harapan dan galakan kepada para pembacanya. Dia juga menggesa mereka supaya tetap setia pada masa mengalami penderitaan dan penganiayaan.Sebahagian besar kitab ini mengandungi pelbagai wahyu dan penglihatan, yang dikemukakan dengan menggunakan lambang-lambang yang dapat difahami orang Kristian pada masa itu, tetapi tidak dapat difahami orang lain. Tema kitab ini diulang berkali-kali dalam bermacam-macam cara melalui pelbagai rangkaian penglihatan. Walaupun terdapat banyak perbezaan pendapat tentang tafsiran terperinci kitab ini, namun tema utamanya jelas: Melalui Kristus, akhirnya Allah akan mengalahkan semua musuh-Nya, termasuk Iblis. Apabila kemenangan itu tercapai, Allah pun akan mengurniakan syurga baru dan bumi baru kepada umat-Nya yang setia.KandunganPendahuluan 1.1-8Penglihatan Pertama dan Surat-Surat kepada Jemaah di Tujuh Tempat 1.9—3.22Naskhah Gulungan dengan Tujuh Buah Meterai 4.1—8.1Tujuh Buah Trompet 8.2—11.19Naga dan Dua Ekor Binatang 12.1—13.18Berbagai-bagai Penglihatan 14.1—15.8Tujuh Buah Cawan Kemurkaan Allah 16.1-21Kemusnahan Babel, Kekalahan Binatang, Nabi Palsu, dan Iblis 17.1—20.10Pengadilan Terakhir 20.11-15Syurga Baru, Bumi Baru, dan Yerusalem Baru 21.1—22.5Penutup 22.6-21