TAMBAHAN ESTER B - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Surat Perintah Raja Ahasyweros Melawan Orang Yahudi(Di antara Ester 3.13 dan 3.14)

1Inilah salinan surat perintah raja:

“Raja Ahasyweros yang Agung memberi perintah berikut ini kepada para gabenor 127 buah daerah dari India hingga ke Etiopia, dan kepada para pegawai bawahan baginda.

2Sejak beta menjadi penguasa banyak bangsa dan raja seluruh dunia, beta memutuskan untuk mengusahakan hidup yang aman sentosa bagi seluruh rakyat beta. Beta menginginkannya bukan kerana berasa bangga akan kekuasaan beta, tetapi kerana beta selalu mahu memerintah dengan bijaksana dan baik hati. Beta bertekad untuk memulihkan ketenteraman yang dirindukan setiap orang, dan mewujudkan kerajaan yang beradab, yang membolehkan setiap orang berulang-alik dengan selamat hingga ke sempadan negerinya.

3Beta bertanya kepada para penasihat beta bagaimana caranya untuk mencapai tujuan itu, dan Haman mengajukan suatu usul. Dia orang yang istimewa di kalangan kita kerana kebijaksanaannya, dan selalu menunjukkan baktinya untuk kepentingan kerajaan. Oleh sebab kesetiaannya yang teguh, dia telah dilantik menjadi orang yang kedua di dalam kerajaan.

4Haman memberitahu beta bahawa antara semua bangsa di dalam kerajaan ini tersebar suatu bangsa yang bermusuhan. Bangsa itu mempunyai hukum-hukumnya sendiri yang bertentangan dengan hukum bangsa-bangsa lain, dan mereka selalu meremehkan perintah raja. Sikap bangsa itu merupakan hambatan bagi kami untuk menjalankan pemerintahan dengan semestinya.

5Hanya bangsa itu yang memusuhi pemerintahan kami dan melakukan kejahatan-kejahatan yang mengancam keamanan negara. Mereka mempunyai peraturan-peraturan sendiri, mengikuti kebiasaan-kebiasaan aneh dan berdiri sendiri menentang seluruh umat manusia.

6Oleh sebab itu beta memerintahkan kamu semua supaya memusnahkan bangsa yang disebutkan di dalam surat Haman, orang kedua dalam kerajaan ini. Beta serahkan urusan ini kepadanya. Seluruh bangsa itu, termasuk kaum wanita dan anak-anaknya, harus dibunuh dengan pedang tanpa sayang atau kasihan. Perintah itu harus dijalankan dalam tahun ini pada tarikh dua belas bulan Adar, iaitu bulan dua belas.

7Semua orang ini yang telah lama bersikap bermusuhan itu harus mati dengan kekerasan dalam waktu satu hari sahaja. Dengan demikian keamanan dan kemantapan pemerintah akan terjamin untuk selanjutnya.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help