TAMBAHAN DANIEL 3 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Doa Azarya

24Ketiga-tiga orang pemuda itu, Hananya, Misael, dan Azarya berjalan-jalan di tengah nyala api sambil bernyanyi dan memuji Tuhan Allah.

25Lalu Azarya berdiri, dan di tengah-tengah nyala api dia berdoa begini,

26“Terpujilah Engkau, Tuhan, Allah nenek moyang kami! Engkau patut dihormati. Semoga nama-Mu diagungkan selama-lamanya.

27Dalam segala-galanya, Engkau memperlakukan kami dengan adil. Semua pekerjaan-Mu benar dan perbuatan-Mu lurus. Engkau mengadili kami dengan jujur.

28Engkau melaksanakan keputusan yang tepat dengan mendatangkan bencana terhadap diri kami dan terhadap Yerusalem, kota suci nenek moyang kami. Semuanya itu Kaulakukan berdasarkan kebenaran dan keadilan oleh sebab kami telah berdosa.

29Memang kami telah berdosa dan berbuat jahat kerana berpaling daripada-Mu. Kami telah banyak berbuat dosa kerana tidak mendengarkan perintah-Mu.

30Kami tidak melakukan apa yang Engkau perintahkan kepada kami, sedangkan hal itu untuk kepentingan kami sendiri.

31Sungguh adil semua tindakan-Mu terhadap kami.

32Engkau menyerahkan kami ke tangan musuh yang kejam, kepada orang kejam yang tidak mengenal hukum, kepada raja yang paling jahat di dunia.

33Sekarang kami yang menyembah Engkau, dihina dan menjadi malu, bahkan kami tidak berani membuka mulut.

34Tetapi demi kehormatan-Mu sendiri, janganlah batalkan perjanjian-Mu dengan kami, dan jangan tinggalkan kami untuk selama-lamanya.

35Janganlah tarik balik belas kasihan-Mu daripada kami demi Abraham yang Kaukasihi, demi Ishak hamba-Mu dan demi Yakub, orang pilihan-Mu.

36Engkau berjanji akan memberi mereka keturunan sebanyak bintang di langit atau pasir di pantai.

37Tetapi sekarang, ya Tuhan, kami lebih kecil daripada bangsa mana pun. Di mana-mana kami dihina kerana segala dosa kami.

38Sekarang kami ditinggalkan tanpa raja, nabi, atau pemimpin. Tidak ada korban untuk menyenangkan hati Tuhan, korban sembelihan, korban untuk mengucap syukur kepada Tuhan, ataupun kemenyan. Tidak ada juga tempat untuk mempersembahkan bahagian pertama hasil tanah kami dan untuk mendapat belas kasihan-Mu.

39Tetapi kami datang kepada-Mu dengan rendah hati dan penuh penyesalan. Maka sudilah menerima kami dengan baik, seolah-olah kami datang dengan persembahan ribuan lembu dan domba untuk korban bagi menyenangkan hati Tuhan.

40Semoga Engkau berkenan menerima penyesalan kami sebagai persembahan korban kami hari ini. Semoga kami terus mengikuti Engkau, oleh sebab orang yang percaya kepada-Mu tidak akan dikecewakan.

41Sekarang kami mengikuti Engkau dengan sebulat hati dan berdoa kepada-Mu dengan takwa. Janganlah permalukan kami,

42tetapi perlakukanlah kami dengan murah hati dan sesuai dengan belas kasihan-Mu yang besar.

43Ya Tuhan, selamatkanlah kami dengan perbuatan-Mu yang ajaib dan nyatakanlah keagungan nama-Mu.

44Biarlah semua orang yang menyeksa hamba-hamba-Mu dihina dan menjadi malu. Ambillah kekuasaan dan keperkasaan mereka, dan patahkanlah kekuatan mereka,

45supaya mereka tahu bahawa Engkaulah Tuhan, Allah Yang Esa, yang berkuasa di seluruh dunia.”

Keadaan di dalam Perapian

46Para hamba raja yang telah melemparkan tiga pemuda itu ke dalam perapian, menjaga api supaya tetap besar nyalanya dengan memasukkan minyak, tar, rami dan ranting-ranting ke dalamnya.

47Lidah api berkobar-kobar setinggi tiga puluh lima meter,

48sehingga menjilat-jilat keluar dan membakar orang Babilonia yang berdiri di dekatnya.

49Tetapi malaikat Tuhan datang kepada ketiga-tiga orang pemuda itu di dalam perapian dan menghalaukan nyala api keluar daripada perapian.

50Rasanya seperti angin sepoi-sepoi. Ketiga-tiga orang pemuda itu tidak disentuh dan tidak disakiti atau dihanguskan sedikit pun oleh api.

Lagu Pujian Ketiga-tiga Orang Pemuda

51Kemudian dalam perapian, tiga orang pemuda itu serentak menyanyikan lagu pujian bagi Allah:

52Semoga Engkau dipuji, ya Tuhan, Allah leluhur kami,

semoga Engkau dihormati dan diagungkan selama-lamanya.

Terpujilah nama-Mu yang suci dan mulia,

semoga Engkau dihormati dan diagungkan selama-lamanya.

53Terpujilah Engkau di Rumah-Mu yang agung dan suci,

semoga keagungan-Mu dinyanyikan selama-lamanya.

54Terpujilah Engkau yang bertakhta di atas kerub

dan memandang ke bawah, ke dunia orang mati,

semoga Engkau dipuji dan dimuliakan selama-lamanya.

55Terpujilah Engkau di atas takhta kerajaan-Mu,

semoga keagungan-Mu dinyanyikan selama-lamanya.

56Terpujilah Engkau di atas cakerawala,

semoga keagungan-Mu dinyanyikan selama-lamanya.

57Pujilah Tuhan, hai segala ciptaan Tuhan,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

58Pujilah Tuhan, hai angkasa raya,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

59Pujilah Tuhan, hai segala malaikat Tuhan,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

60Pujilah Tuhan, hai segala air di atas langit,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

61Pujilah Tuhan, hai segala kuasa di syurga,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

62Pujilah Tuhan, hai matahari dan bulan,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

63Pujilah Tuhan, hai bintang-bintang di langit,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

64Pujilah Tuhan, hai hujan dan embun,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

65Pujilah Tuhan, hai segala angin,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

66Pujilah Tuhan, hai api dan panas,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

67Pujilah Tuhan, hai panas dan dingin,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

68Pujilah Tuhan, hai embun dan salji,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

69Pujilah Tuhan, hai siang dan malam,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

70Pujilah Tuhan, hai terang dan gelap,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

71Pujilah Tuhan, hai hawa dingin dan ais,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

72Pujilah Tuhan, hai embun beku dan salji,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

73Pujilah Tuhan, hai kilat dan awan mendung,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

74Hendaklah bumi memuji Tuhan,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

75Pujilah Tuhan, hai gunung dan bukit,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

76Pujilah Tuhan, hai segala tumbuhan di bumi,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

77Pujilah Tuhan, hai laut dan sungai,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

78Pujilah Tuhan, hai segala mata air,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

79Pujilah Tuhan, hai ikan-ikan besar

dan semua yang hidup di dalam air,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

80Pujilah Tuhan, hai burung-burung di udara,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

81Pujilah Tuhan, hai binatang liar dan ternak,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

82Pujilah Tuhan, hai semua orang di bumi,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

83Pujilah Tuhan, hai umat Israel,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

84Pujilah Tuhan, hai para imam,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

85Pujilah Tuhan, hai para hamba Tuhan,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

86Pujilah Tuhan, hai umat-Nya yang setia,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

87Pujilah Tuhan, hai semua yang suci dan rendah hati,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

88Pujilah Tuhan, hai Hananya, Azarya, dan Misael,

nyanyikanlah pujian bagi-Nya

dan agungkanlah Dia selama-lamanya.

Dia telah melepaskan kita dari dunia orang mati

dan menyelamatkan kita daripada kuasa maut.

Dia telah mengeluarkan kita daripada perapian yang menyala

dan merenggut kita dari tengah-tengah api.

89Bersyukurlah kepada Tuhan kerana Dia baik,

Dia berbelas kasihan untuk selama-lamanya.

90Pujilah Allah, hai semua yang menyembah Dia,

bernyanyilah bagi Allah segala tuhan dan bersyukurlah kepada-Nya,

oleh sebab belas kasihan-Nya untuk selama-lamanya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help