SIRAKH 7 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Pelbagai Nasihat

1Jangan berbuat jahat, maka engkau tidak akan ditimpa yang jahat.

2Jauhilah dosa, maka dosa akan menjauhi engkau.

3Jangan tabur benih ketidakadilan, nanti engkau mendapat kembali tujuh kali lipat.

4Jangan minta pangkat tertinggi daripada Tuhan atau kedudukan penting daripada raja.

5Jangan berlagak tulus di hadapan Tuhan dan jangan berlagak bijaksana di hadapan raja.

6Jangan ingin menjadi hakim, nanti engkau tidak cukup kuat untuk membanteras ketidakadilan. Jika engkau membiarkan dirimu dipengaruhi oleh orang yang berkuasa, namamu sebagai orang jujur akan dinodai.

7Jangan lakukan kejahatan terhadap masyarakat dan jangan malukan dirimu di hadapan umum.

8Jangan lakukan dosa yang sama hingga dua kali. Berdosa satu kali sahaja pun engkau sudah dihukum.

9Jangan berfikir, “Allah Yang Maha Tinggi akan ingat kepada pemberianku yang berlimpah-limpah dan menerima persembahan yang kuberikan kepada-Nya.”

10Jangan berasa jemu waktu berdoa dan jangan lepaskan peluang untuk memberi sedekah kepada orang miskin.

11Jangan tertawakan orang yang susah, kerana Yang Maha Esa merendahkan seseorang dan meninggikannya kembali.

12Jangan buat cerita-cerita bohong tentang saudara atau sahabatmu.

13Jangan sekali-kali berdusta, oleh sebab dusta itu tidak mungkin menghasilkan yang baik.

14Jangan bermulut besar dalam pertemuan rasmi dan jangan ulang perkataan dalam doa.

15Jangan segan bertani atau melakukan kerja kasar yang lain. Allah Yang Maha Tinggi memberikan pekerjaan itu kepada kita.

16Jangan masuk golongan orang yang berdosa; ingatlah bahawa kemurkaan Tuhan tidak ditunda-tunda.

17Rendahkanlah dirimu sedalam-dalamnya, kerana orang yang berdosa dihukum dengan api dan ulat.

Hubungan dengan Teman dan Keluarga

18Jangan khianati teman demi wang, atau kawan sejati demi emas.

19Jangan lepaskan peluang untuk memperisteri seorang yang baik dan bijaksana, oleh sebab kasihnya lebih berharga daripada emas.

20Jangan berbuat jahat terhadap seorang pelayan yang bekerja dengan setia, atau terhadap seorang buruh yang bekerja keras bagimu.

21Kasihilah seorang pelayan yang bijaksana dan janganlah batasi kebebasannya.

22Peliharalah ternakanmu dengan baik dan simpanlah ternakan itu kalau menguntungkan engkau.

23Didiklah anak-anakmu dan ajarlah mereka sejak kecil supaya bertatatertib.

24Jagalah anak perempuanmu supaya tetap murni, dan janganlah terlalu manjakan dia.

25Apabila engkau mengahwinkan dia, engkau telah menunaikan tugas yang penting. Tetapi berikanlah dia kepada lelaki yang arif.

26Jika engkau mempunyai isteri yang baik, janganlah ceraikan dia. Tetapi jangan serahkan dirimu kepada seorang yang tidak kaucintai.

27Hormatilah bapamu dengan segenap hatimu, dan jangan lupakan penderitaan ibumu pada waktu melahirkan engkau.

28Ingatlah bahawa engkau anak mereka. Bagaimanakah akan kaubalas segala jasa mereka? Para Imam

29Hendaklah engkau takut kepada Tuhan dengan segenap hatimu dan hormatilah imam-imam-Nya.

30Cintailah Penciptamu dengan seluruh kekuatanmu, dan jangan lalaikan orang yang melakukan pelayanan-Nya.

31Agungkanlah Tuhan dan hormatilah imam-imam. Berilah mereka apa yang diperintahkan kepadamu: hasil tanah yang pertama, korban untuk mengampunkan dosa, paha binatang korban, serta semua korban dan persembahan lain yang ditentukan.

Orang Miskin dan Susah

32Tolonglah orang miskin, maka engkau akan menerima berkat Tuhan dengan limpah.

33Hendaklah engkau bermurah hati kepada setiap makhluk hidup, dan orang mati pun jangan kaukecualikan.

34Bersedihlah dengan orang yang sedih dan berdukacitalah dengan orang yang berdukacita.

35Jangan segan menengok orang sakit, oleh sebab engkau akan dikasihi kerana perbuatan seperti itu.

36Dalam segala tindakanmu, jangan lupa bahawa pada suatu ketika engkau akan mati, maka untuk selamanya engkau tidak akan berdosa.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help