SIRAKH 46 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Yosua dan Kaleb

1Yosua anak Nun, askar gagah berani yang menggantikan Musa sebagai nabi. Sesuai dengan erti namanya, dia menyelamatkan umat pilihan Tuhan. Dia mengalahkan musuh yang menyerang sehingga Israel memiliki tanah pusaka.

2Alangkah gagahnya dia ketika dia mengacungkan tangan untuk memimpin serangan terhadap kota-kota!

3Dia memimpin perang Tuhan, dan belum pernah ada orang sekuat dia.

4Ingatlah bagaimana dia menghentikan peredaran matahari sehingga satu hari menjadi sama dengan dua hari.

5Waktu dia dikepung oleh musuh dari segala penjuru, dia berdoa kepada Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Kuasa. Tuhan menjawab doanya dan mendatangkan hujan batu yang dahsyat.

6Dia menimpakannya ke atas musuh dan membinasakan mereka di genting Bet-Horon, supaya bangsa-bangsa mengetahui akan seluruh kekuatan Yosua kerana dia berperang dengan sokongan Tuhan, oleh sebab dia dengan sepenuh hati mengikuti Tuhan Yang Maha Kuasa. Hakim-Hakim

11Kemudian menyusul para hakim. Masing-masing terkenal kerana jasanya. Mereka tidak pernah meninggalkan Tuhan dan tidak pernah menyembah berhala. Semoga mereka selalu dikenang dengan puji-pujian.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help