HAKIM-HAKIM Kata Pengantar - Today's Malay Version with Deuterocanonicals
Kata PengantarKitab Hakim-Hakim mengandungi kisah-kisah dari suatu zaman dalam sejarah Israel sebelum bangsa itu menjadi satu kerajaan. Zaman itu di antara masa pendudukan Kanaan dan masa pembentukan kerajaan Israel. Kisah-kisah itu tentang perbuatan para pahlawan bangsa. Mereka lazimnya disebut “hakim”, tetapi kebanyakan mereka sebenarnya panglima tentera dan bukan hakim menurut erti yang biasa. Salah seorang daripada para pahlawan yang terkenal ialah Simson. Kisahnya terdapat dalam fasal 13—16.Kitab ini terutamanya mengajar bahawa kewujudan umat Israel bergantung kepada kesetiaan mereka kepada Allah. Jika mereka tidak setia kepada-Nya, mereka akan menuju kepada kebinasaan. Tetapi bukan hal itu sahaja; walaupun bangsa itu tidak setia kepada Allah dan ditimpa malapetaka, Allah sentiasa bersedia menyelamatkan umat-Nya apabila mereka bertaubat dan kembali kepada-Nya.KandunganPeristiwa yang Berlaku sehingga Yosua Meninggal 1.1—2.10Para Pemimpin Israel 2.11—16.31Pelbagai Peristiwa 17.1—21.25