YOSUA 12 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Raja-Raja yang Dikalahkan oleh Musa

1Umat Israel telah merebut dan menduduki wilayah di sebelah timur Sungai Yordan, dari Lembah Arnon sampai ke Lembah Yordan dan sejauh Gunung Hermon di utara. Mereka mengalahkan dua orang raja.

2Raja yang seorang ialah Raja Sihon, raja orang Amori yang memerintah di Hesybon. Kerajaannya meliputi separuh daripada daerah Gilead: dari Aroer (di tepi lembah Arnon) dan kota di tengah-tengah lembah itu sampai ke Sungai Yabok, iaitu sempadan Amon;

3termasuk juga Lembah Yordan, dari Tasik Galilea ke arah selatan sampai ke Bet-Yesimot (di sebelah timur Laut Mati) dan terus ke kaki Gunung Pisga.

4Mereka juga mengalahkan Raja Og dari Basan, salah seorang keturunan Refaim yang terakhir; raja itu memerintah di Asytarot dan Edrei.

5 di selatan, dekat Edom. Yosua membahagikan tanah itu kepada suku-suku Israel, lalu memberikannya kepada mereka sebagai tanah milik mereka.

8Bahagian tanah itu meliputi kawasan perbukitan, kaki-kaki bukit di sebelah barat, Lembah Yordan dengan kaki-kaki bukit di situ, lereng-lereng bukit di sebelah timur, dan tanah gersang di sebelah selatan. Kawasan itu tempat tinggal orang Het, Amori, Kanaan, Feris, Hewi, dan Yebusi dahulu.

9Umat Israel mengalahkan raja-raja dari kota-kota berikut: Yerikho, Ai (dekat Betel),

10Yerusalem, Hebron,

11Yarmut, Lakhis,

12Eglon, Gezer,

13Debir, Geder,

14Horma, Arad,

15Libna, Adulam,

16Makeda, Betel,

17Tapuah, Hefer,

18Afek, Lasaron,

19Madon, Hazor,

20Simron-Meron, Akhsaf,

21Taanakh, Megido,

22Kedes, Yokneam (di Karmel),

23Dor (di tepi pantai), Goyim (di Galilea)

24dan Tirza - kesemuanya 31 orang raja.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help