DANIEL Kata Pengantar - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Kata PengantarKitab Daniel ditulis pada masa orang Yahudi sangat menderita kerana dianiaya dan ditindas oleh seorang raja asing yang tidak mengenal Allah. Dengan menggunakan beberapa buah cerita dan laporan tentang penglihatan, pengarang kitab ini memberikan galakan kepada rakyat pada zamannya. Penulisnya memberi mereka harapan bahawa Allah akan menjatuhkan penjajah yang zalim itu, serta memulihkan kerajaan bagi umat Allah.Kitab ini terdiri daripada dua bahagian utama: (1) Beberapa buah cerita tentang Daniel dan beberapa orang kawannya yang sama-sama berada dalam pembuangan. Dengan iman dan ketaatan kepada Allah, mereka berjaya mengalahkan musuh. Cerita-cerita ini berlaku pada zaman empayar Babilonia dan Persia. (2) Satu siri penglihatan yang dilihat oleh Daniel. Dalam bentuk lambang, penglihatan-penglihatan itu menggambarkan kebangkitan dan kejatuhan beberapa buah kerajaan, bermula dengan empayar Babilonia. Selain itu, diramalkan juga kejatuhan penjajah asing yang menindas bangsa itu, serta kemenangan umat Allah.KandunganDaniel dan Kawan-Kawannya 1.1—6.28

Penglihatan yang Dilihat Daniel 7.1—11.45

a. Empat Binatang 7.1-28

b. Domba Jantan dan Kambing Jantan 8.1—9.27

c. Malaikat TUHAN 10.1—11.45

Akhir Zaman 12.1-13

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help