1“Sekarang dengarlah segala hukum yang mesti dipatuhi selama kamu tinggal di tanah yang diberikan oleh TUHAN, Allah nenek moyang kamu.
2Di tanah yang akan kamu duduki itu, musnahkanlah segala tempat penyembahan dewa di atas gunung yang tinggi, di atas bukit, dan di bawah pokok hijau, tempat bangsa yang tinggal di situ menyembah tuhan-tuhan mereka.
3 dan korban-korban lain, persepuluhan dan persembahan lain, pemberian yang kamu janjikan kepada TUHAN, persembahan yang dipersembahkan dengan sukarela, dan juga anak sulung lembu, serta anak sulung domba kamu.
7Di sana, di hadapan TUHAN, Allah kamu, yang sudah memberkati kamu, kamu bersama dengan keluarga akan makan dan menikmati segala hasil usaha kamu.
8Apabila masanya tiba, kamu tidak boleh melakukan hal yang kamu lakukan sekarang. Hingga sekarang kamu semua beribadat dengan sesuka hati,
9kerana kamu belum sampai di tanah yang diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu, tempat kamu dapat menetap dengan aman.
10Setelah kamu menyeberangi Sungai Yordan, TUHAN akan membenarkan kamu menduduki tanah itu lalu menetap di sana. Dia akan melindungi kamu daripada semua musuh supaya kamu dapat hidup dengan aman.
11TUHAN akan memilih satu tempat yang menjadi tempat beribadat kepada-Nya. Di sanalah kamu mesti membawa segala yang sudah aku perintahkan: korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban-korban lain, persepuluhan dan persembahan lain, dan pemberian istimewa yang kamu janjikan kepada TUHAN.
12Bersukacitalah di hadirat TUHAN di tempat itu, bersama dengan anak-anak kamu, hamba-hamba kamu, dan orang Lewi yang tinggal di kota-kota kamu. Ingatlah, bahawa orang Lewi tidak akan mempunyai tanah mereka sendiri.
13Jangan persembahkan korban kamu di tempat yang kamu pilih sendiri;
14persembahkanlah korban itu hanya di satu tempat yang dipilih oleh TUHAN, di salah satu wilayah suku kamu. Hanya di sana kamu boleh mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan melakukan segala yang sudah aku perintahkan.
15Tetapi kamu bebas menyembelih ternakan kamu dan makan dagingnya di mana sahaja kamu tinggal. Kamu boleh makan seberapa banyak ternakan yang diberikan TUHAN kepada kamu. Baik kamu tahir ataupun najis, kamu semua boleh makan daging binatang itu sebagaimana kamu makan daging rusa atau kijang.
16 di atas mazbah TUHAN. Persembahkan juga korban yang dagingnya kamu makan, dan curahkan darahnya ke atas mazbah.
28Segala perkara yang sudah aku perintahkan kepada kamu harus ditaati dengan setia. Oleh itu kamu dan keturunan kamu akan sejahtera selama-lamanya, kerana kamu melakukan apa yang benar dan berkenan kepada TUHAN, Allah kamu.”
Amaran supaya Tidak Menyembah Berhala29“TUHAN, Allah kamu akan membinasakan bangsa-bangsa itu apabila kamu menyerang mereka, dan Dia akan menolong kamu menduduki serta mendiami tanah mereka.
30Setelah TUHAN membinasakan bangsa-bangsa itu, berhati-hatilah. Jangan ikut kebiasaan agama mereka, kerana hal itu akan mendatangkan malapetaka. Jangan dapatkan maklumat tentang cara mereka menyembah tuhan-tuhan mereka dengan maksud meniru cara mereka itu.
31Jangan sembah TUHAN, Allah kamu dengan cara mereka menyembah tuhan-tuhan mereka, kerana apabila mereka menyembah tuhan-tuhan itu, mereka melakukan semua perkara jijik yang dibenci oleh TUHAN. Bahkan anak-anak mereka sendiri pun dibakar oleh mereka di atas mazbah sebagai korban kepada tuhan-tuhan mereka.
32 Ul 4.2; Why 22.18-19 Lakukanlah segala yang sudah aku perintahkan kepada kamu; jangan tambahkan atau kurangkan apa-apa kepada perintah itu.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.