1Kemudian Mordekhai berdoa kepada Tuhan dengan mengingatkan segala perbuatan Tuhan pada zaman dahulu.
2“Ya Tuhan, Tuhan Raja semesta alam, segala sesuatu ada dalam kekuasaan-Mu. Jika Engkau ingin menyelamatkan Israel, tak seorang pun dapat merintangi Engkau.
3Engkaulah yang menjadikan langit dan bumi dan segala yang mengagumkan di atas bumi.
4Engkaulah Tuhan yang menguasai segala-galanya dan tak ada yang dapat menentang Engkau.
5Engkau mengetahui segala sesuatu. Engkau tahu ya Tuhan, bahawa aku tak mahu sujud kepada Haman yang bongkak itu, bukan kerana aku sombong atau gila hormat.
6Sekiranya hal itu memang perlu untuk keselamatan Israel, aku rela mencium telapak kakinya.
23Ingatlah kami ya Tuhan, dan datanglah kepada kami dalam kesengsaraan kami. Berikanlah keberanian kepadaku, ya Raja segala tuhan, Penguasa segala kuasa.
24Tolonglah aku mengucapkan kata-kata yang indah kepada Ahasyweros, singa yang buas itu. Ubahlah hatinya sehingga membenci Haman, musuh kami, dan dia serta kawan-kawannya dibinasakan.
25Selamatkanlah kami dengan kuasa-Mu, ya Tuhan. Tolonglah aku, oleh sebab aku hanya sendirian; tak ada pertolongan bagiku selain Engkau.
26Engkau mengetahui segala-galanya, ya Tuhan. Engkau mengetahui bahawa aku benci akan penghormatan daripada orang yang tak kenal hukum, dan bahawa aku anggap terhina untuk tidur dengan orang asing yang tak bersunat itu.
27Tapi Engkau tahu bahawa tak ada pilihan lain bagiku. Aku membenci mahkota yang kupakai sebagai permaisuri pada upacara-upacara rasmi. Aku hanya memakainya apabila terpaksa, kerana mahkota itu aku anggap hina seperti kain kotor.
28Aku tak makan pada meja Haman dan tak menghargai perjamuan raja. Aku tak minum wain yang sudah dipersembahkan kepada dewa-dewa.
29Sejak aku datang ke sini, tak ada yang menggembirakan hatiku selain menyembah Engkau, ya Tuhan, Allah Abraham.
30Dengarlah doa umat-Mu yang putus asa, ya Allah Yang Maha Kuasa. Selamatkanlah kami daripada semua orang jahat itu dan bebaskanlah aku daripada ketakutan.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.