SIRAKH 3 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Kewajipan terhadap Ibu Bapa

1Hai anak-anakku, dengarlah aku, bapa kamu. Lakukanlah apa yang kukatakan kepada kamu, maka kamu akan selamat.

2Tuhan menyuruh anak-anak menghormati bapa mereka dan mewajibkan mereka mengakui hak ibu mereka.

3Kalau kamu menghormati bapa kamu, dosa kamu diampunkan,

4dan kalau kamu menghargai ibu kamu, kamu seperti orang yang mengumpulkan harta.

5Kalau kamu menghormati bapa kamu, kamu pun akan dibahagiakan kelak oleh anak-anak kamu, dan Tuhan akan mengabulkan doa-doa kamu.

6Kalau kamu menghormati bapa kamu, kamu akan panjang umur. Kalau kamu taat kepada Tuhan, kamu akan menghibur ibu kamu

7dan melayani ibu bapa seolah-olah kamu hamba mereka.

8Hormatilah bapa kamu dalam segala perbuatan dan perkataan kamu, supaya kamu mendapat berkatnya. Kesombongan

26Orang yang keras kepala akhirnya akan celaka, dan yang cinta kepada bahaya akan binasa oleh bahaya.

27Orang yang keras kepala mencari banyak kesusahan bagi diri sendiri, dan orang yang berdosa menimbun dosa demi dosa.

28Kesusahan orang sombong tidak dapat disembuhkan, kerana kejahatan sudah berurat berakar di dalam hati mereka.

29Orang arif merenungkan erti pepatah. Orang bijaksana ingin mendapat murid yang suka mendengar.

Memberi Sedekah

30Seperti api yang berkobar-kobar dipadamkan oleh air, begitu juga dosa dihapuskan oleh pemberian derma.

31Orang yang berbuat baik kepada orang lain memikirkan masa depan sendiri, oleh sebab mereka sendiri akan menerima pertolongan apabila ditimpa kesukaran.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help