TOBIT 2 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Pesta Keluarga

1Maka pada masa pemerintahan Raja Esarhadon, saya pulang ke rumah dan berkumpul semula dengan Anna isteri saya dan Tobias anak saya. Pada Perayaan Pentakosta, yang juga disebut Perayaan Tujuh Minggu, saya duduk untuk menikmati makanan perayaan.

7Sesudah matahari terbenam, saya pergi untuk menggali lubang, lalu menguburkan mayat itu.

8Tetangga-tetangga mentertawakan saya dan berkata, “Engkau pernah dicari untuk dibunuh kerana menguburkan mayat, dan kalau tak lari, pasti engkau sudah mati. Sekarang engkau berbuat begitu lagi. Apakah engkau belum takut?”

Tobit Menjadi Buta

9Malam itu juga saya mandi, lalu keluar ke halaman untuk tidur dekat tembok. Malam itu panas sekali, sehingga saya tidak memakai tudung muka.

10Saya tidak tahu bahawa di tembok itu, tepat di atas saya, ada burung pipit. Kotorannya yang masih hangat jatuh ke dalam mata saya. Kemudian timbul lapisan putih pada mata saya. Saya menemui doktor, seorang demi seorang, tetapi semakin diubati, semakin rabun mata saya, sehingga akhirnya saya menjadi buta sama sekali.

Empat tahun lamanya saya tidak dapat melihat. Sanak saudara saya sangat sedih melihat keadaan saya. Selama dua tahun, hidup saya ditanggung oleh Ahikar sehingga dia pindah ke daerah Elumais.

Pertengkaran Keluarga

11Sesudah Ahikar pindah, Anna isteri saya, seperti kebanyakan wanita lain harus mencari nafkah sebagai tukang tenun.

12Apabila sudah menjadi kain, dia menghantarnya kepada pemesannya, lalu mendapat upah. Suatu hari, pada musim bunga dia menyelesaikan sehelai kain, lalu menghantarkannya kepada pemesannya. Dia menerima upah penuh, ditambah dengan anak kambing untuk dipotong.

13Setibanya di rumah, anak kambing itu mula mengembik. Saya memanggil isteri saya dan bertanya, “Dari mana kambing itu? Adakah engkau mencurinya? Kembalikan kepada pemiliknya! Kita tak boleh makan barang curian.”

14Isteri saya menjawab, “Kambing ini hanya upah tambahan.” Tetapi saya tidak percaya. Perbuatan isteri saya membuat muka saya merah padam kerana malu. Saya menyuruh dia mengembalikan anak kambing itu kepada pemiliknya, tetapi dia membantah. “Sekarang nyatalah sifatmu yang sebenarnya!” teriaknya. “Mana kebaikanmu? Mana amalmu?”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help