YEHEZKIEL 45 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Bahagian Tanah yang Menjadi Milik TUHAN

1Apabila tanah itu dibahagikan kepada setiap suku, sebahagian daripadanya harus diasingkan untuk TUHAN. Panjangnya tanah itu hendaklah 12.5 kilometer, dan lebarnya 10 kilometer. Seluruh kawasan itu suci.

2Di kawasan itu, sebidang tanah yang empat persegi harus dikhaskan untuk Rumah TUHAN. Ukuran setiap sisi tanah itu harus 250 meter dan dikelilingi lapangan selebar 25 meter.

3Separuh daripada kawasan itu, yang panjangnya 12.5 kilometer dan lebarnya 5 kilometer, harus dikhaskan untuk bangunan Rumah TUHAN, tempat yang paling suci.

4Tanah itu suci dan diberikan kepada para imam yang menyelenggarakan ibadat di Rumah TUHAN. Rumah-rumah mereka dan Rumah TUHAN hendaklah dibina di situ.

5Separuh lagi kawasan itu hendaklah diberikan sebagai pusaka kepada orang Lewi yang bekerja di Rumah TUHAN. Bahagian itu akan menjadi kota-kota tempat tinggal mereka.

6Di samping tanah yang suci itu harus lagi diasingkan sebidang tanah untuk sebuah kota yang boleh didiami sesiapa sahaja umat Israel. Panjangnya tanah itu hendaklah 12.5 kilometer, dan lebarnya 2.5 kilometer.

Tanah untuk Penguasa yang Memerintah

7Tanah juga harus disediakan bagi penguasa yang memerintah. Kawasan itu bermula dari sempadan barat kawasan yang suci itu sampai ke Laut Tengah dan dari sempadan timur kawasan yang suci itu sampai ke sempadan timur negeri itu. Panjangnya tanah itu sama dengan panjangnya salah satu kawasan yang ditentukan bagi suku Israel.

8Tanah itu akan menjadi milik penguasa yang memerintah di Israel, supaya dia tidak menindas rakyat, tetapi membiarkan tanah yang selebihnya menjadi milik suku-suku Israel.

Peraturan bagi Penguasa yang Memerintah

9TUHAN Raja berfirman, “Hai kamu yang memerintah Israel, kamu telah berdosa terlalu lama. Hentikan penindasan dan perbuatan yang kejam. Lakukan yang benar dan adil. Jangan sekali-kali usir umat-Ku dari tanah mereka lagi. Aku, TUHAN Raja, berfirman kepada kamu.

10 Oleh itu sukatan kamu hendaklah demikian:

1 homer = 10 efa = 10 bat

12Timbangan kamu hendaklah demikian:

20 gera = 1 syikal

60 syikal = 1 mina

13-15Persembahan kamu hendaklah berdasarkan ukuran yang berikut:

Gandum: 1/60 daripada tuaian kamu

Barli: 1/60 daripada tuaian kamu

Minyak zaitun: 1/100 daripada hasil pokok kamu

(Sukatlah menurut bat: 10 bat = 1 homer = 1 kor.)

Domba: 1 daripada setiap 200 ekor yang di padang rumput Israel.

Hendaklah kamu mempersembahkan korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, korban untuk menyenangkan hati-Ku, dan korban untuk memohon berkat-Ku, supaya dosa kamu diampunkan. Aku, TUHAN Raja yang memberikan perintah ini.

16Semua penduduk negeri harus membawa persembahan itu kepada penguasa Israel.

17Tetapi pada perayaan-perayaan bulan baru, hari Sabat, dan hari perayaan yang lain, penguasa bertanggungjawab menyediakan binatang untuk dipersembahkan sebagai korban, dan juga korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, serta korban wain bagi seluruh bangsa Israel. Dialah yang bertanggungjawab menyediakan korban untuk mengampunkan dosa, korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, korban untuk menyenangkan hati-Ku, dan korban untuk memohon berkat-Ku. Maka Aku akan mengampunkan dosa umat Israel.”

Perayaan-Perayaan(Kel 12.1-20; Im 23.33-43)

18TUHAN Raja berfirman, “Pada hari pertama, bulan pertama, kamu harus menyucikan Rumah-Ku dengan mempersembahkan seekor lembu jantan muda yang tidak ada cacat.

19Lalu imam harus mengambil darah daripada korban untuk mengampunkan dosa itu, lalu menyapukannya pada tiang-tiang pintu Rumah TUHAN, keempat-empat sudut mazbah, dan tiang-tiang pintu gerbang yang menuju ke halaman dalam.

20Pada hari ketujuh, bulan itu, kamu harus berbuat demikian juga untuk sesiapa sahaja yang berdosa dengan tidak sengaja atau tanpa diketahuinya. Dengan demikian, kamu akan menjaga kesucian Rumah-Ku.

21 Setiap hari dia juga harus mempersembahkan seekor kambing jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa.

24Bagi setiap ekor lembu jantan dan domba jantan yang dipersembahkan, hendaklah disertai 17.5 liter bijirin dan 3 liter minyak zaitun.

25 dan korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, serta minyak zaitun.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help