KELUARAN 30 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Mazbah Tempat Membakar Kemenyan(Kel 37.25-28)

1“Buatlah sebuah mazbah daripada kayu akasia, sebagai tempat membakar kemenyan.

2Mazbah itu harus berbentuk empat persegi, 45 sentimeter panjang dan 45 sentimeter lebar, dan 90 sentimeter tinggi. Unjuran di keempat-empat sudutnya mesti seiras dengan mazbah itu.

3Salutilah bahagian atasnya, keempat-empat sisinya serta unjuran-unjurannya dengan emas tulen, dan buatlah bingkai emas di sekelilingnya.

4Buatlah dua gelang daripada emas, dan pasanglah gelang itu di bawah bingkai pada kedua-dua sisinya, untuk menyangga kayu pengusung mazbah.

5Kayu-kayu pengusung itu harus dibuat daripada kayu akasia dan disaluti emas.

6Letakkan mazbah ini di luar tirai yang tergantung di hadapan Tabut Perjanjian, di tempat Aku akan bertemu dengan engkau.

7Setiap pagi, apabila Harun menyiapkan pelita, dia mesti membakar kemenyan yang berbau harum di atas mazbah itu.

8Dia mesti melakukan hal yang sama apabila dia memasang pelita itu pada waktu petang. Persembahan kemenyan ini mesti dilakukan terus-menerus sepanjang masa.

9Di atas mazbah ini, jangan persembahkan sebarang kemenyan yang dilarang, atau korban berupa binatang, atau korban berupa bijirin; jangan curahkan sebarang korban berupa wain di atasnya.

10Setahun sekali Harun mesti melakukan upacara penyucian mazbah dengan menyapukan darah binatang yang dipersembahkan sebagai korban untuk mengampunkan dosa, pada keempat-empat unjuran mazbah itu. Hal ini mesti dilakukan tiap-tiap tahun selama-lamanya. Mazbah ini mesti suci seluruhnya dan ditahbiskan kepada-Ku, TUHAN.”

Cukai untuk Khemah TUHAN

11TUHAN berfirman kepada Musa,

12“Apabila engkau membanci umat Israel, setiap orang lelaki mesti membayar wang tebusan untuk dirinya kepada-Ku, supaya dia tidak ditimpa bencana ketika pembancian itu dijalankan.

13

30Tuanglah minyak upacara pada Harun dan anak-anaknya supaya mereka ditahbiskan menjadi imam untuk mengabdikan diri kepada-Ku.

31Beritahulah umat Israel bahawa minyak upacara yang suci itu khas untuk Aku selama-lamanya.

32Minyak upacara itu tidak boleh dituang pada orang biasa, dan campuran yang sama tidak boleh digunakan untuk membuat minyak lain. Minyak upacara itu suci dan mesti dianggap suci.

33Sesiapa yang membuat minyak seperti minyak upacara, atau yang menggunakan minyak itu bagi orang yang bukan imam, tidak lagi dianggap anggota umat-Ku.”

Kemenyan

34TUHAN berfirman kepada Musa, “Ambillah beberapa jenis rempah harum yang sama banyaknya: getah damar, kulit lokan, getah raksamala, dan juga kemenyan tulen.

35Dengan bahan-bahan itu buatlah kemenyan seperti membuat minyak wangi. Tambahlah garam untuk menjadikannya tulen dan suci.

36Tumbukkan sebahagian daripada bahan-bahan itu menjadi serbuk. Bawalah serbuk itu ke dalam Khemah-Ku, lalu hamburkan serbuk itu di hadapan Tabut Perjanjian. Kemenyan itu harus dianggap sebagai benda yang sangat suci.

37Jangan gunakan campuran itu untuk membuat sebarang kemenyan bagi dirimu sendiri. Kemenyan itu harus dianggap suci dan dikhaskan untuk Aku.

38Sesiapa yang menggunakan campuran itu untuk membuat minyak wangi, tidak lagi dianggap anggota umat-Ku.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help