1Ketika Abram berumur 99 tahun, TUHAN menampakkan diri kepadanya dan berfirman, “Akulah Allah Yang Maha Kuasa. Taatilah Aku dan lakukanlah kehendak-Ku selalu.
2Aku akan membuat perjanjian-Ku denganmu dan memberikan keturunan yang banyak kepadamu.”
3Abram bersujud, lalu Allah berfirman,
4“Inilah perjanjian yang Aku buat dengan engkau: Aku berjanji bahawa engkau akan menjadi nenek moyang banyak bangsa.
5 kerana Aku menjadikan engkau nenek moyang banyak bangsa.
6Aku akan memberikan banyak anak cucu kepadamu, dan ada antara mereka yang akan menjadi raja. Engkau akan mempunyai keturunan yang sangat banyak sehingga mereka menjadi bangsa-bangsa.
7 Aku akan setia kepada perjanjian-Ku dengan anak itu dan dengan keturunannya selama-lamanya; perjanjian itu abadi.
20Aku sudah mendengar permintaanmu untuk Ismael. Oleh itu Aku akan memberkati dia dan memberi dia banyak anak dan keturunan. Dia akan menjadi nenek moyang dua belas ketua suku, dan Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang besar.
21Tetapi Aku akan memegang perjanjian-Ku dengan anak lelakimu, Ishak, yang akan dilahirkan oleh Sara, kira-kira pada masa seperti ini tahun hadapan.”
22Setelah berfirman kepada Abraham, Allah pergi dari situ.
23Pada hari itu juga, Abraham mentaati Allah dengan menyunatkan anak lelakinya Ismael, serta semua kaum lelaki dalam keluarganya, termasuk hamba-hamba yang dilahirkan di rumahnya dan hamba-hamba yang dibelinya.
24Abraham berumur 99 tahun ketika dia disunat,
25dan anak lelakinya Ismael berumur 13 tahun.
26Mereka berdua disunat pada hari yang sama,
27bersama dengan semua hamba Abraham.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.