YEHEZKIEL 5 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Yehezkiel Mencukur Rambut

1TUHAN berfirman, “Hai manusia fana, ambillah sebilah pedang yang tajam dan cukurlah janggut dan rambutmu. Kemudian timbanglah rambut itu, lalu bahagilah kepada tiga bahagian.

2Bakarlah sepertiga rambut itu di dalam kota selepas pengepungan berakhir. Yang sepertiga lagi hendaklah engkau tetak dengan pedangmu sambil mengelilingi kota itu. Sepertiga yang terakhir harus engkau hamburkan ke udara, lalu Aku akan mengejarnya dengan pedang-Ku.

3Ambillah beberapa utas rambut dan bungkuslah di dalam lipatan jubahmu.

4Kemudian ambillah beberapa utas rambut itu dan lemparkannya ke dalam api hingga habis terbakar. Api itu akan menjalar ke segenap bangsa Israel.”

5TUHAN Raja berfirman, “Lihatlah Yerusalem! Aku menempatkan kota itu di pusat dunia, dengan negeri-negeri lain di sekelilingnya.

6Tetapi Yerusalem memberontak terhadap perintah-Ku, dan ternyata lebih jahat daripada bangsa-bangsa lain, lebih ingkar daripada negeri-negeri di sekelilingnya. Yerusalem menolak perintah-Ku dan tidak mematuhi hukum-Ku.

7Hai Yerusalem, dengarlah apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan. Kerana engkau tidak mentaati hukum-Ku dan tidak mematuhi perintah-Ku, engkau telah mendatangkan lebih banyak kesusahan daripada bangsa-bangsa di sekelilingmu. Engkau telah mengikut adat resam bangsa-bangsa lain.

8Oleh itu Aku, TUHAN Raja berfirman kepada engkau sekarang bahawa Aku memusuhimu. Aku akan menjatuhkan hukuman kepadamu di hadapan semua bangsa.

9Oleh sebab semua perbuatanmu yang Aku benci itu, Aku akan menghukum Yerusalem seperti yang belum pernah Kulakukan dan tidak akan Kulakukan lagi.

10 akan mengalami kepedihan rasa lapar seperti anak panah tajam yang membinasakan engkau.

17Why 6.8 Aku akan mendatangkan wabak, keganasan, dan peperangan untuk membunuh pendudukmu. Aku akan mendatangkan kelaparan serta binatang buas untuk membunuh anak-anak mereka. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help