1 TAWARIKH 25 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Pemuzik di Rumah TUHAN

1Untuk memimpin upacara-upacara ibadat, Raja Daud dan para pemimpin orang Lewi memilih puak-puak daripada suku Lewi yang berikut: Asaf, Heman, dan Yedutun. Mereka ditugaskan untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah dengan diiringi kecapi, gambus, dan simbal. Untuk memimpin ibadat dengan upacaranya, dipilih kumpulan-kumpulan yang berikut:

2Empat orang anak lelaki Asaf: Zakur, Yusuf, Netanya, dan Asarela. Pemimpin mereka ialah Asaf, yang menyampaikan perkhabaran daripada Allah, apabila disuruh oleh raja.

3Enam orang anak lelaki Yedutun: Gedalya, Zeri, Yesaya, Simei, Hasabya, dan Matica. Di bawah pimpinan bapa mereka, mereka menyampaikan perkhabaran daripada Allah dengan diiringi kecapi. Mereka menyanyikan lagu pujian dan lagu kesyukuran kepada TUHAN.

4Empat belas orang anak lelaki Heman: Bukia, Matanya, Uziel, Sebuel, Yerimot, Hananya, Hanani, Eliata, Gidalti, Romamti-Ezer, Yosbekasa, Maloti, Hotir, dan Mahaziot.

5Heman ialah nabi peribadi raja. TUHAN mengurniakan empat belas orang anak lelaki itu dan tiga orang anak perempuan kepada Heman kerana TUHAN telah berjanji untuk memberikan kedudukan terhormat kepadanya.

6Semua anak lelaki Heman itu memainkan simbal, kecapi, dan gambus di bawah pimpinan bapa mereka untuk mengiringi upacara ibadat di dalam Rumah TUHAN. Asaf, Yedutun, dan Heman mendapat tugas menurut petunjuk daripada raja.

7Kesemua 24 orang lelaki itu dan sanak saudara mereka ialah ahli muzik yang terlatih. Mereka semua berjumlah 288 orang.

8Untuk menentukan giliran bertugas, mereka semua membuang undi, baik yang muda mahupun yang tua, baik yang berpengalaman mahupun yang baru belajar.

9-31Kesemua 288 orang itu dibahagikan kepada 24 kumpulan menurut keluarga masing-masing. Tiap-tiap kumpulan terdiri daripada 12 orang di bawah pimpinan seorang pemimpin. Inilah susunan nama mereka menurut giliran bertugas:

1. Yusuf daripada keluarga Asaf

13. Subael

2. Gedalya

14. Matica

3. Zakur

15. Yeremot

4. Yizri

16. Hananya

5. Netanya

17. Yosbekasa

6. Bukia

18. Hanani

7. Yesarela

19. Maloti

8. Yesaya

20. Eliata

9. Matanya

21. Hotir

10. Simei

22. Gidalti

11. Azareel

23. Mahaziot

12. Hasabya

24. Romamti-Ezer.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help