1Yudas telah mendengar perihal orang Roma dan kuasa tentera mereka yang terkenal itu. Siapa sahaja yang datang bergabung dengan mereka diterima dengan baik dan ditawarkan pakatan persahabatan.
2Yudas juga mendengar tentang peperangan dan kepahlawanan orang Roma terhadap orang di daerah Perancis yang ditakluk dan dipaksa membayar cukai.
3Juga diceritakan kepadanya apa yang dilakukan oleh orang Roma di daerah Sepanyol untuk merebut lombong emas dan perak di sana.
4Dengan siasat dan ketabahan hati mereka merebut seluruh negeri itu, biar pun letaknya sangat jauh dari Roma. Raja-raja yang datang dari jauh untuk berperang melawan mereka digempur dan menderita kekalahan besar, sedangkan yang hidup harus membayar cukai tahunan kepada mereka.
5Filipus dan Raja Perseus raja Makedonia, dan semua orang lain yang memberontak terhadap Roma telah digempur dan ditakluk.
6Bahkan Raja Antiokhus Agung, raja Asia Barat Daya yang menyerang mereka dengan 120 ekor gajah, pasukan berkuda, kereta kuda perang, dan tentera yang sangat kuat, dikalahkan juga.
7Raja Antiokhus ditawan, lalu baginda dan pengganti-penggantinya diwajibkan membayar cukai yang berat. Selain itu baginda harus menyerahkan tawanan dan tanah, iaitu
8India, Media, Lidia dan beberapa buah wilayah lain yang paling baik. Lalu semuanya diserahkan orang Roma kepada Raja Eumenes.
9Ketika orang Yunani membuat rancangan untuk menyerang dan menumpaskan orang Roma,
10rancangan itu ketahuan, dan seorang panglima Roma dikirim untuk memerangi mereka. Banyak orang Yunani cedera, anak isteri mereka ditawan, milik mereka dirampas, negeri mereka diduduki, kubu-kubu mereka dirobohkan, dan mereka sendiri diperhamba hingga hari ini.
11Kerajaan-kerajaan lain dan semua pulau yang pernah melawan mereka dimusnahkan dan penduduknya diperhamba.
12Tetapi negara-negara yang bersahabat dengan mereka atau mengharapkan perlindungan pada mereka tetap diperlakukan sebagai sahabat.
13Mereka menakluk banyak kerajaan yang dekat dan juga yang jauh. Sesiapa sahaja yang mendengar tentang perbuatan mereka menjadi takut. Ada orang yang dibantu menjadi raja, dan ada raja yang digulingkan oleh mereka. Mereka sudah mencapai puncak kekuasaan.
14Biar pun begitu, antara orang Roma tidak ada seorang pun yang mahu meninggikan kedudukannya dengan menobatkan diri sebagai raja.
15Mereka membentuk Dewan Negara, dan setiap hari 320 orang anggota dewan itu berkumpul untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan rakyat supaya ditadbir dengan baik.
16Setiap tahun mereka memilih seorang yang diserahi tugas memerintah mereka serta mengawasi seluruh wilayah mereka. Dia ditaati oleh semua orang, dan antara mereka tidak ada rasa cemburu atau iri hati.
Orang Yahudi Membuat Perjanjian dengan Orang Roma17Lalu Yudas memilih Eupolemus anak Yohanes cucu Akos dan Yason anak Eleazar. Kedua-dua orang itu dikirimnya ke Roma untuk mengadakan perjanjian perikatan dan persahabatan dengan orang Roma.
23“Sejahtera selama-lamanya bagi bangsa Roma dan bangsa Yahudi di darat mahupun di laut! Semoga pedang dan musuh dijauhkan daripada mereka.
24Tetapi jika Roma atau salah satu sekutunya di wilayah kekuasaannya diserang lebih dahulu,
25maka bangsa Yahudi dengan sebulat hati akan memberi bantuan menurut keperluan saat itu.
26Kepada musuh-musuh Roma, bangsa Yahudi tidak akan memberi bantuan berupa makanan, senjata, wang atau kapal seperti yang ditetapkan di Roma. Bangsa Yahudi akan melakukan kewajipan mereka tanpa balas jasa apa pun.
27Begitu juga apabila bangsa Yahudi diserang lebih dahulu, bangsa Roma dengan sebulat hati akan memberi bantuan menurut keperluan saat itu.
28Kepada musuh-musuh Yahudi, bangsa Roma tidak akan memberi bantuan berupa makanan, senjata, wang atau kapal seperti yang ditetapkan di Roma. Bangsa Roma akan melakukan kewajipan mereka dengan jujur.
29Itulah syarat-syarat perjanjian yang diadakan oleh bangsa Roma dengan bangsa Yahudi.
30Tetapi, pada masa akan datang jika kedua-dua belah pihak mahu menambah atau mengurangi sesuatu, mereka boleh melakukannya menurut apa yang dianggap baik oleh mereka. Ketentuan terbaru itu akan diakui sah.
31Tentang kejahatan yang dilakukan oleh Raja Demetrius terhadap orang Yahudi, kami telah menulis kepadanya, ‘Mengapa tuan menindas bangsa Yahudi, sahabat dan sekutu kami?
32Jika mereka sekali lagi mengeluh kepada kami tentang tuan, kami akan membela mereka dan memerangi tuan di darat mahupun di laut.’ ”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.