1Pada hari kesepuluh, bulan kelima, dalam tahun ketujuh masa kami dalam buangan, beberapa orang pemimpin masyarakat Israel datang bertanya kepadaku tentang kehendak TUHAN. Mereka duduk di hadapanku.
2Kemudian TUHAN berfirman kepadaku,
3“Hai manusia fana, berkatalah kepada pemimpin-pemimpin ini. Beritahulah mereka bahawa Aku, TUHAN Raja berfirman begini: Kamu datang hendak menanyakan kehendak-Ku, bukan? Demi Aku, Allah yang hidup, Aku tidak akan membenarkan kamu menanyakan apa-apa pun. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.
4Hai manusia fana, adakah engkau bersedia menjatuhkan hukuman kepada mereka? Kalau engkau sedia melakukan hal itu, ingatkanlah mereka tentang segala perbuatan jijik yang dilakukan oleh nenek moyang mereka.
5Sampaikanlah firman-Ku kepada mereka. Ketika Aku memilih Israel, Aku membuat perjanjian dengan mereka. Aku menyatakan diri-Ku kepada mereka di Mesir dan memberitahu mereka, ‘Akulah TUHAN, Allah kamu.’
6
30Oleh itu sampaikanlah apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada umat Israel: Mengapakah kamu mesti berdosa seperti nenek moyang kamu, dan mengejar berhala-berhala mereka?
31Bahkan sampai hari ini pun kamu memberikan persembahan yang sama, dan menajiskan diri dengan membakar anak-anak kamu sebagai korban kepada berhala-berhala. Kemudian kamu, hai umat Israel, datang pula untuk menanyakan kehendak-Ku! Demi Aku, Allah yang hidup, TUHAN Raja, Aku tidak akan membenarkan kamu menanyakan apa-apa pun.
32Kamu bertekad menjadi seperti bangsa-bangsa lain, seperti orang yang tinggal di negeri-negeri lain dan yang menyembah pokok dan batu. Hal itu pasti tidak akan berlaku.”
Allah Menghukum dan Mengampuni33-34“Demi Aku, TUHAN Raja, Allah yang hidup, Aku memberikan amaran kepada kamu bahawa kerana kemurkaan-Ku, Aku akan memerintah kamu dengan keras dan tegas. Kamu akan merasakan kuasa dan kemurkaan-Ku apabila Aku mengumpulkan dan membawa kamu kembali dari negeri-negeri tempat kamu tercerai-cerai.
35Aku akan membawa kamu ke ‘Gurun Bangsa-Bangsa’. Di sana Aku akan menghakimi kamu berhadapan muka.
36Aku akan menghakimi kamu seperti Aku menghakimi nenek moyang kamu di padang gurun Sinai dahulu.” Demikianlah firman TUHAN Raja.
37“Aku akan bertindak tegas terhadap kamu supaya kamu mentaati perjanjian-Ku.
38Aku akan menyingkirkan orang yang memberontak dan berdosa di kalangan kamu. Aku akan membawa mereka keluar dari negeri-negeri tempat mereka tinggal sekarang, dan Aku tidak akan mengizinkan mereka kembali ke negeri Israel. Barulah kamu tahu bahawa Akulah TUHAN.”
39TUHAN Raja berfirman, “Sekarang hai umat Israel, buatlah sesuka hati kamu! Sembahlah berhala kamu! Tetapi Aku memberi kamu amaran bahawa, selepas itu kamu mesti mentaati Aku, dan tidak lagi mencemarkan nama-Ku yang suci dengan membawa persembahan kepada berhala kamu.
40Di tanah Israel, di puncak bukit-Ku yang suci, kamu semua, umat Israel akan menyembah Aku. Aku akan berkenan kepada kamu, dan menerima persembahan korban, persembahan yang terbaik, dan pemberian yang suci daripada kamu.
41Setelah Aku membawa kamu keluar dari negeri-negeri tempat kamu tercerai-cerai, Aku akan mengumpulkan kamu dan menerima korban yang kamu bakar. Maka semua bangsa akan melihat bahawa Aku ini suci.
42Apabila Aku membawa kamu pulang ke negeri Israel, tanah yang Aku janjikan kepada nenek moyang kamu, barulah kamu tahu bahawa Akulah TUHAN.
43Kamu akan teringat segala perbuatan yang memalukan dan yang telah menajiskan diri kamu. Kamu akan berasa muak terhadap diri kamu sendiri kerana segala kejahatan yang kamu lakukan itu.
44Apabila Aku bertindak untuk menjaga kehormatan nama-Ku, kamu umat Israel akan tahu bahawa Akulah TUHAN, kerana Aku tidak memperlakukan kamu setimpal dengan perbuatan kamu yang kejam dan jahat.” TUHAN Raja telah berfirman.
Api di Selatan45TUHAN berfirman kepadaku,
46“Hai manusia fana, lihatlah ke arah selatan. Kecamlah tanah selatan dan bernubuatlah menentang hutan di sana.
47Suruhlah hutan di selatan itu mendengarkan apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan: Aku akan menyalakan api yang membakar setiap pokok di hutan itu, baik yang hijau mahupun yang kering. Api yang menyala-nyala itu tidak dapat dipadamkan tetapi akan merebak dari selatan ke utara, dan setiap orang akan merasa bahang api itu.
48Semua orang akan tahu bahawa Aku, TUHAN menyalakan api itu, dan api itu tidak dapat dipadamkannya.”
49Tetapi aku, Yehezkiel berkata, “TUHAN Raja, jangan paksa aku mengatakannya. Setiap orang sudah pun bersungut kerana aku selalu bercakap dengan menggunakan kiasan yang susah difahami.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.