KELUARAN 7 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

1TUHAN berfirman kepada Musa, “Dengarlah, Aku akan menjadikan engkau seperti Allah di hadapan raja, dan Harun, saudaramu akan bercakap kepadanya sebagai nabimu.

2Beritahulah Harun segala perintah-Ku kepadamu. Suruhlah dia memberitahu raja supaya membenarkan orang Israel meninggalkan negerinya.

3 mengangkat tongkatnya dan memukul air Sungai Nil. Maka air sungai itu berubah menjadi darah.

21Ikan-ikan di dalam sungai itu mati, dan baunya begitu busuk sehingga orang Mesir tidak dapat meminum air sungai itu. Darah terdapat di seluruh negeri Mesir.

22Kemudian tukang-tukang sihir negeri Mesir juga melakukan perkara seperti itu dengan ilmu sihir mereka, sehingga raja tetap berdegil. Seperti yang telah difirmankan TUHAN, raja tidak mahu mendengarkan kata-kata Musa dan Harun.

23Sebaliknya, raja pulang ke istananya tanpa menghiraukan perkara yang berlaku itu sedikit pun.

24Semua orang Mesir menggali lubang di sepanjang tebing sungai untuk mendapatkan air minum, kerana mereka tidak dapat meminum air sungai itu.

25Tujuh hari telah berlalu sejak TUHAN mengubah air sungai itu menjadi darah.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help