MARKUS 12 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Perumpamaan tentang Penyewa-Penyewa Ladang Anggur(Mat 21.33-46; Luk 20.9-19)

1

30Ul 6.4-5 Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu.’

31Im 19.18 Perintah yang kedua ialah, ‘Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.’ Tiada lagi perintah lain yang lebih utama daripada kedua-dua perintah ini.”

32 Ul 4.35 Guru Taurat itu berkata kepada Yesus, “Bagus, guru! Memang benar apa yang guru katakan: Tuhanlah Allah Yang Esa dan tidak ada yang lain.

33Hos 6.6 Manusia harus mengasihi Allah dengan sepenuh hati, dengan seluruh akal, dan dengan segala kekuatannya. Dia juga harus mengasihi sesama manusia seperti dia mengasihi diri sendiri. Mematuhi kedua-dua perintah ini lebih mustahak daripada mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati Tuhan dan korban-korban lain.”

34 Luk 10.25-28 Yesus melihat bahawa guru Taurat itu menjawab dengan bijak. Lalu Yesus berkata kepadanya, “Kamu tidak jauh daripada Pemerintahan Allah.”

Selepas itu tidak seorang pun berani mengajukan pertanyaan kepada Yesus.

Pertanyaan tentang Penyelamat yang Diutus oleh Allah(Mat 22.41-46; Luk 20.41-44)

35Sewaktu Yesus mengajar di Rumah Tuhan, Dia bertanya, “Bagaimanakah guru Taurat boleh mengatakan bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?

36Mzm 110.1 Sedangkan Daud, ketika diilhami oleh Roh Allah, berkata,

‘Tuhan telah berfirman kepada Tuhanku:

duduklah di sebelah kanan-Ku

sehingga Aku menakluki musuh-Mu

ke bawah kaki-Mu.’

37Daud menyebut Penyelamat yang diutus oleh Allah itu ‘Tuhan’. Bagaimana mungkin Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?”

Amaran supaya Berhati-hati dengan Guru Taurat(Mat 23.1-36; Luk 20.45-47)

Orang ramai di Rumah Tuhan suka mendengar ajaran Yesus.

38Sewaktu Yesus mengajar mereka, Dia berkata, “Berhati-hatilah dengan guru Taurat. Mereka suka berjalan-jalan dengan memakai jubah panjang, dan suka dihormati orang di pasar.

39Mereka memilih tempat terbaik di dalam rumah ibadat dan di majlis jamuan.

40Mereka memperdaya balu serta merampas rumah mereka, kemudian pura-pura berdoa dengan berpanjangan. Mereka akan menerima hukuman yang amat berat!”

Persembahan Seorang Balu(Luk 21.1-4)

41Sewaktu Yesus duduk dekat peti persembahan di Rumah Tuhan, Dia memerhati orang memasukkan wang ke dalam peti itu. Sebilangan besar orang kaya memasukkan banyak wang.

42Lalu seorang balu yang miskin datang dan memasukkan dua keping mata wang tembaga yang sangat kecil nilainya.

43Yesus memanggil pengikut-pengikut-Nya lalu berkata kepada mereka, “Ketahuilah, balu yang miskin ini memberikan persembahan yang lebih besar nilainya daripada semua orang lain.

44Semua orang lain memberikan persembahan daripada kelebihan kekayaan mereka, tetapi balu ini, walaupun dia sangat miskin, memberikan segala yang ada padanya - dia mendermakan semua nafkahnya.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help