1TUHAN berfirman kepadaku,
2“Hai manusia fana, sudahkah engkau bersedia menghukum kota yang penuh dengan pembunuh? Tunjukkanlah segala perbuatannya yang jijik itu kepadanya.
3Beritahulah kota itu apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan: Kerana kamu telah membunuh amat banyak orangmu sendiri, dan telah menajiskan diri dengan menyembah berhala, sekarang saat hukumanmu sudah dekat.
4Kamu bersalah kerana telah melakukan pembunuhan, dan kamu dinajiskan oleh berhala-berhala yang kamu buat. Hukuman terakhir bagimu sudah dekat. Aku membiarkan bangsa-bangsa dan semua negeri mengolok-olokkan dan mencerca kamu.
5Negeri-negeri yang dekat dan yang jauh mengejek kamu kerana kamu melanggar hukum dan peraturan.
6Semua pemimpin Israel bergantung kepada kekuatan mereka sendiri dan melakukan pembunuhan.
7 mereka seperti singa yang mengaum setelah menerkam mangsa. Mereka membunuh orang, merampas segala wang dan harta, serta menyebabkan banyak wanita menjadi balu.
26Im 10.10 Para imam melanggar hukum-Ku dan tidak menghormati apa yang suci bagi-Ku. Mereka tidak membezakan apa yang suci dan apa yang tidak suci. Mereka tidak mengajar perbezaan antara yang halal dan yang haram. Mereka tidak menghiraukan hari Sabat. Akibatnya umat Israel tidak menghormati Aku.
27Pegawai kerajaan sama seperti serigala yang mencarik-carik mangsa mereka. Mereka melakukan pembunuhan untuk menjadi kaya.
28Para nabi menyembunyikan dosa-dosa itu seperti orang mengapuri tembok. Mereka nampak penglihatan yang palsu, dan mereka membuat ramalan yang palsu juga. Mereka mengatakan bahawa mereka menyampaikan firman daripada TUHAN Raja, padahal Aku, TUHAN tidak berfirman kepada mereka.
29Orang kaya menipu dan merompak. Mereka menganiaya orang miskin dan memperdayakan orang asing.
30Aku mencari seorang yang dapat membina tembok, yang dapat berdiri di bahagian tembok yang sudah roboh untuk mempertahankan negeri ketika Aku hendak memusnahkannya kerana Aku murka, tetapi tidak seorang pun Aku temui.
31Oleh itu Aku akan melampiaskan kemurkaan-Ku kepada mereka. Seperti api, Aku akan membinasakan mereka kerana perbuatan mereka.” TUHAN Raja telah berfirman.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.