1Jika demikian, apakah yang harus kita katakan? Haruskah kita terus-menerus berbuat dosa supaya rahmat Allah semakin bertambah?
2Tentu tidak! Dosa tidak lagi berkuasa atas kita. Oleh itu bagaimanakah kita dapat terus-menerus melakukan dosa dalam hidup kita?
3Tidakkah kamu tahu bahawa pada masa kita dibaptis, kita dipersatukan dengan Kristus Yesus? Hal ini bererti kita dipersatukan dengan kematian-Nya.
4
14Dosa tidak boleh menguasai kamu, kerana kamu tidak lagi hidup di bawah Taurat, tetapi hidup di bawah rahmat Allah.
Hamba kepada Kehendak Allah15Apakah kesimpulannya sekarang? Bolehkah kita berdosa, kerana kita sekarang hidup di bawah rahmat Allah dan tidak di bawah kuasa Taurat? Tentu tidak!
16Tentu kamu tahu bahawa jika kamu menghambakan diri kepada seseorang untuk melakukan kehendaknya, maka kamu menjadi hamba orang yang kamu taati: sama ada hamba kepada dosa yang mengakibatkan kematian, atau hamba kepada Allah yang dapat menjadikan kamu berbaik semula dengan Allah.
17Tetapi bersyukurlah kepada Allah! Dahulu kamu diperhamba oleh dosa, tetapi sekarang dengan sepenuh hati kamu mentaati ajaran benar yang sudah diberikan kepada kamu.
18Kamu sudah dibebaskan daripada dosa, lalu menjadi hamba kepada kehendak Allah.
19Kerana kamu susah memahami sesuatu, aku menggunakan contoh perhambaan. Dahulu kamu menyerahkan segenap diri kamu sebagai hamba kepada hal-hal keji dan jahat untuk tujuan yang jahat. Demikian juga sekarang kamu harus menyerahkan segenap diri sebagai hamba kepada kehendak Allah untuk tujuan-tujuan-Nya yang khas.
20Pada waktu kamu diperhamba oleh dosa, kamu tidak dikuasai oleh kehendak Allah.
21Tetapi apakah faedah yang kamu terima daripada perbuatan yang sekarang menyebabkan kamu berasa malu? Perbuatan-perbuatan itu hanya mengakibatkan kematian!
22Tetapi sekarang kamu sudah dibebaskan daripada dosa, dan menjadi hamba Allah. Faedahnya berupa kehidupan yang diabdikan kepada Allah dan hal ini menghasilkan hidup sejati dan kekal.
23Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.