SIRAKH 41 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Maut

1Fikiran tentang maut terasa pahit bagi seorang kaya yang hidup tenteram di tengah miliknya, yang tidak kenal susah, yang berhasil dalam segalanya dan masih dapat menikmati makanannya.

2Maut disambut dengan baik oleh orang yang hidup dalam kemiskinan, yang lemah, yang lanjut usia, yang dibebani banyak kesusahan, yang buta dan hilang kesabaran.

3Jangan takut kepada keputusan maut. Ingatlah bahawa ada orang yang mati sebelum dan sesudah engkau.

4Maut adalah keputusan Tuhan bagi setiap makhluk hidup. Engkau tidak dapat menolak keinginan Allah Yang Maha Tinggi. Di dunia orang mati tidak menjadi soal sama ada engkau hidup selama sepuluh, seratus, atau seribu tahun.

Kesudahan Orang Jahat

5Anak-anak orang yang berdosa dan yang dibesarkan dalam lingkungan jahat menjadi jahat pula.

6Mereka akan kehilangan milik pusaka mereka, dan keturunan mereka akan dihina untuk selama-lamanya.

7Seorang bapa yang kejam akan dicela anak-anaknya kerana dialah yang menjadi penyebab kehinaan mereka.

8Malanglah kamu, hai orang kejam yang telah meninggalkan hukum Allah Yang Maha Tinggi!

9Kamu lahir untuk dikutuk, dan sesudah mati kamu tetap dikutuk.

10Yang berasal dari bumi kembali ke bumi. Begitulah orang jahat beralih daripada kutuk kepada kebinasaan.

11Kita berkabung untuk orang mati, tetapi nama buruk orang yang berdosa akan dilupakan.

12Jagalah nama baikmu, oleh sebab nama itu tinggal bagimu lebih lama daripada seribu harta emas.

13Hidup sejahtera terbatas waktunya, tetapi nama baik bertahan selama-lamanya.

Harga Diri

14Anak-anakku, hiduplah seperti yang diajarkan kepadamu, maka kamu akan tenteram. Kebijaksanaan yang disembunyikan sama dengan harta yang tidak kelihatan; kedua-duanya tidak berguna.

15Seorang yang menyembunyikan kebodohannya lebih baik daripada seorang yang menyembunyikan kebijaksanaannya.

16Tidak setiap perasaan malu itu baik, dan tidak semua dinilai tepat oleh semua orang. Hendaknya kamu berasa malu tentang hal-hal yang saya sebutkan di sini.

17Kamu harus berasa malu

terhadap ibu bapamu kalau kamu berbuat yang tidak senonoh;

terhadap seorang penguasa atau orang terkemuka kalau kamu berdusta;

18terhadap seorang hakim dan penguasa kalau kamu melanggar hukum;

terhadap himpunan rakyat kalau kamu berbuat salah;

terhadap sahabat atau rakan kalau kamu tidak jujur;

19terhadap jiran kalau kamu mencuri.

Di hadapan kebenaran Allah dan perjanjian-Nya kamu harus berasa malu kalau:

menyandarkan siku di meja makan;

menghina orang waktu memberi atau menerima sesuatu;

20tidak membalas salam orang lain;

melirik kepada seorang pelacur;

21menolak permintaan seorang saudara;

mengambil bahagian orang lain atau apa yang diberikan kepada orang lain;

menatapi isteri orang lain;

22bergaul akrab dengan pelayan perempuan orang itu

-- janganlah dekati tempat tidurnya;

menghina sahabat-sahabatmu;

mencela orang setelah engkau memberikan sesuatu;

23menyiarkan apa yang telah kamu dengar;

membocorkan rahsia yang disampaikan kepadamu.

Itulah saat-saat yang tepat bagimu untuk berasa malu, maka kamu akan dihormati orang.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help