EZRA 2 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Senarai Orang yang Kembali dari Pembuangan(Neh 7.4-73)

1Banyak di kalangan orang buangan meninggalkan Babilonia lalu kembali ke Yehuda dan Yerusalem, masing-masing ke kotanya sendiri. Mereka telah tinggal dalam pembuangan di Babilonia sejak Raja Nebukadnezar membawa mereka ke sana sebagai orang tawanan.

2Para pemimpin mereka ialah Zerubabel, Yesua, Nehemia, Seraya, Reelaya, Mordekhai, Bilsan, Mispar, Bigwai, Rehum, dan Baana.

Inilah senarai orang Israel dengan jumlah orang daripada setiap puak yang kembali dari pembuangan:

3-20Paros – 2,172

Sefaca – 372

Arah – 775

Pahat-Moab (keturunan Yesua dan Yoab) – 2,812

Elam – 1,254

Zatu – 945

Zakai – 760

Bani – 642

Bebai – 623

Azgad – 1,222

Adonikam – 666

Bigwai – 2,056

Adin – 454

Ater (juga disebut Hizkia) – 98

Bezai – 323

Yora – 112

Hasum – 223

Gibar – 95

21-35Orang yang nenek moyang mereka tinggal di kota berikut ini juga kembali dari pembuangan:

Betlehem – 123

Netofa – 56

Anatot – 128

Asmawet – 42

Kiryat-Arim, Kefira, dan Beerot – 743

Rama dan Gaba – 621

Mikhmas – 122

Betel dan Ai – 223

Nebo – 52

Magbis – 156

Elam yang lain – 1,254

Harim – 320

Lod, Hadid, dan Ono – 725

Yerikho – 345

Senaa – 3,630

36-39Inilah senarai puak imam yang kembali dari pembuangan:

Yedaya (keturunan Yesua) – 973

Imer – 1,052

Pasyhur – 1,247

Harim – 1,017

40-42Puak orang Lewi yang kembali dari pembuangan:

Yesua dan Kadmiel (keturunan Hodawya) – 74

Para penyanyi di Rumah TUHAN (keturunan Asaf) – 128

Pengawal pintu gerbang Rumah TUHAN (keturunan Salum, Ater, Talmon, Akub, Hatita, dan Sobai) – 139

43-54Inilah senarai puak pekerja Rumah TUHAN yang kembali dari pembuangan:

Ziha, Hasufa, Tabaot,

Keros, Siaha, Padon,

Lebana, Hagaba, Akub,

Hagab, Samlai, Hanan,

Gidel, Gahar, Reaya,

Rezin, Nekoda, Gazam,

Uza, Paseah, Besai,

Asna, Meunim, Nefusim,

Bakbuk, Hakufa, Harhur,

Bazlut, Mehida, Harsa,

Barkos, Sisera, Temah,

Neziah, dan Hatifa.

55-57Puak hamba Raja Salomo yang pulang dari pembuangan:

Sotai, Soferet, Peruda,

Yaala, Darkon, Gidel,

Sefaca, Hatil, Pokheret-Hazebaim, dan Ami.

58Jumlah keturunan pekerja Rumah TUHAN dan hamba Raja Salomo yang pulang dari pembuangan ialah 392 orang.

59-60Semua orang yang berangkat dari kota Tel-Melah, Tel-Harsa, Kerub, Adan, dan Imer, berjumlah 652 orang. Mereka termasuk puak Delaya, Tobia dan Nekoda, tetapi mereka tidak dapat membuktikan bahawa mereka keturunan bangsa Israel.

61-62Puak-puak imam yang berikut ini tidak dapat mencari catatan tentang nenek moyang mereka: Habaya, Hakos, dan Barzilai. (Nenek moyang Barzilai berkahwin dengan seorang perempuan keturunan puak Barzilai dari Gilead, dan kemudian menggunakan nama keluarga mentuanya.) Oleh sebab mereka tidak dapat membuktikan siapa nenek moyang mereka, maka mereka tidak diterima sebagai imam.

63

64-67Jumlah orang buangan yang pulang ke negeri mereka ialah 42,360 orang. Pembantu mereka, lelaki dan perempuan berjumlah 7,337 orang. Para penyanyi lelaki dan perempuan berjumlah 200 orang. Mereka juga membawa binatang mereka:

kuda – 736

baghal – 245

unta – 435

keldai – 6,720

68Apabila orang buangan itu tiba di Rumah TUHAN di Yerusalem, beberapa orang pemimpin puak memberikan pemberian sukarela untuk membina semula Rumah TUHAN.

69Mereka memberikan sumbangan menurut kesanggupan masing-masing dan jumlahnya ialah 500 kilogram emas, 2,800 kilogram perak, dan 100 helai jubah imam.

70 Para penyanyi, para pengawal pintu gerbang Rumah TUHAN dan para pekerja di Rumah TUHAN serta orang Israel yang lain menetap di kota-kota tempat tinggal nenek moyang mereka dahulu.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help