1 raja Babel, aku telah pergi ke Babel untuk memberikan laporan kepada raja. Beberapa lama kemudian barulah aku mendapat kebenaran daripada raja
7untuk kembali ke Yerusalem. Setibanya aku di sana, aku terperanjat semasa mengetahui bahawa Elyasib sudah membenarkan Tobia menggunakan sebuah bilik di dalam Rumah TUHAN.
8Aku sangat marah dan melempar keluar semua barang kepunyaan Tobia.
9Kemudian aku memerintahkan supaya upacara penyucian dilakukan bagi bilik-bilik itu. Setelah itu aku menyuruh orang mengembalikan semua peralatan Rumah TUHAN, persembahan biji-bijian dan kemenyan ke bilik-bilik itu.
10 dan pintu itu tidak dibuka sehingga hari Sabat sudah berlalu. Aku menugaskan beberapa orang anak buahku di pintu-pintu gerbang itu untuk mengawasi supaya tidak ada barang dagangan dibawa masuk ke dalam kota pada hari Sabat.
20Sekali atau dua kali pedagang-pedagang yang menjual barang dagangan bermalam di luar tembok kota.
21Aku memberikan amaran kepada mereka, “Sia-sia saja kamu menunggu sehingga pagi di situ. Jika kamu melakukan hal ini lagi, aku akan mengambil tindakan keras terhadap kamu.” Sejak itu mereka tidak datang lagi pada hari Sabat.
22Aku memberikan perintah kepada orang Lewi supaya menyucikan diri dan mengawal pintu-pintu gerbang untuk mengawasi orang supaya menghormati hari Sabat.
Ya Allah, ingatlah aku kerana perkara ini, dan kasihanilah aku demi kasih-Mu yang besar.
23Pada masa itu aku juga mendapati banyak orang lelaki Yahudi sudah berkahwin dengan perempuan bangsa Asdod, Amon, dan Moab.
24Sebilangan daripada anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Asdod atau bahasa lain, tetapi mereka tidak tahu bertutur dalam bahasa kami.
25Kel 34.11-16; Ul 7.1-5 Aku menegur kaum lelaki itu dan mengutuk mereka. Aku memukul mereka dan mencabut rambut mereka. Kemudian aku menyuruh mereka bersumpah demi nama Allah bahawa tidak sekali-kali mereka ataupun anak-anak mereka akan berkahwin dengan orang bangsa asing lagi.
262 Sam 12.24-25; 1 Raj 11.1-8 Aku berkata kepada mereka, “Perempuan bangsa asinglah yang sudah menyebabkan Raja Salomo berdosa. Raja Salomo lebih agung daripada raja-raja bangsa lain. Allah mengasihi baginda dan menjadikan baginda raja seluruh Israel. Walaupun begitu, baginda berdosa kerana bujukan perempuan bangsa asing.
27Alangkah jahatnya perbuatan kamu! Kamu berani melawan Allah dengan mengahwini perempuan bangsa asing!”
28 Neh 4.1 Yoyada ialah anak Imam Agung Elyasib, tetapi salah seorang anak Yoyada berkahwin dengan anak perempuan Sanbalat dari kota Bet-Horon. Oleh itu aku menyuruh Yoyada meninggalkan Yerusalem.
29Ya Allah, ingatlah bagaimana semua orang itu mencemarkan jawatan imam dan perjanjian yang sudah Engkau buat dengan para imam dan orang Lewi.
30Demikianlah aku menyucikan bangsa Israel daripada segala pengaruh asing. Aku menyediakan peraturan bagi para imam dan orang Lewi supaya masing-masing mengetahui tugasnya.
31Aku mengatur masa tertentu bagi orang membawa kayu api untuk membakar korban, dan masa bagi orang membawa persembahan mereka, iaitu hasil biji-bijian dan buah-buahan yang mula-mula masak.
Ya Allah, ingatlah akan semua hal ini, dan berkatilah aku.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.