1Kebijaksanaan membuat usaha bangsa Israel berhasil melalui seorang nabi yang suci.
2Mereka menempuh padang gurun yang tidak berpenghuni dan berkhemah di tempat-tempat yang sepi.
3Mereka bertahan terhadap musuh dan menangkis serangan lawan.
Orang Mesir Dihukum4Ketika umat-Mu kehausan, mereka berseru kepada-Mu, ya Tuhan, lalu Kaupuaskan mereka dengan air yang keluar dari bukit batu.
5Air yang menjadi hukuman bagi Mesir menjadi berkat bagi umat-Mu dalam kesengsaraan mereka. Kel 15.22—17.16
6Sungai musuh yang melimpah airnya Kaukotori dengan darah,
7kerana mereka mengeluarkan perintah untuk membunuh anak-anak umat-Mu. Tetapi dengan tidak disangka-sangka, Kauberikan air yang berlimpah-limpah kepada umat-Mu.
8Sebelumnya, Kaubiarkan mereka kehausan, supaya mereka dapat merasakan bagaimana Engkau telah menghukum musuh-musuh mereka.
9Ketika mereka diuji, meskipun dengan seksaan yang diberikan dengan belas kasihan, tahulah mereka bagaimana Engkau menyeksa orang jahat yang Engkau adili dengan kemurkaan.
10Kaucubai umat-Mu seperti bapa memberi peringatan kepada anaknya, tetapi musuh mereka Kauperiksa seperti raja yang memberi hukuman dengan kejam.
11Baik dekat mahupun jauh, mereka semua kena seksaan.
12Kesedihan mereka dua kali lipat, dan mereka merintih apabila teringat akan apa yang telah terjadi.
13Ketika mendengar bahawa hukuman yang menimpa mereka menjadi berkat bagi bangsa Israel, mereka menyedarinya sebagai perbuatan Tuhan.
14Bangsa Mesir tidak mahu berurusan dengan seseorang yang pada masa kecilnya dibuang oleh mereka; mereka menolaknya dengan caci maki. Tetapi semua kejadian itu akhirnya membuat mereka kagum kepadanya, setelah mereka menderita kehausan yang berbeza daripada kehausan orang baik.
15Orang Mesir disesatkan oleh fikiran mereka yang bodoh dan jahat, sehingga mereka menyembah ular dan binatang lain yang hina, makhluk-makhluk yang tidak berakal. Oleh itu Kaudatangkan jutaan binatang yang tidak berakal untuk menghukum mereka.
16Maksudnya supaya mereka tahu bahawa orang dihukum dengan apa yang telah digunakan mereka untuk berbuat dosa. Kel 8.1-24, 10.12-15
17Dengan tangan-Mu Yang Maha Kuasa Kauciptakan alam semesta daripada bahan yang tidak berbentuk. Maka Engkau berkuasa juga untuk menghukum mereka dengan banyak beruang atau singa yang buas.
18Engkau berkuasa juga untuk mencipta binatang-binatang baru dan menakutkan, yang menyemburkan api, mengeluarkan bunyi gemuruh, mengepulkan asap dan memijarkan api yang dahsyat dari matanya.
19Binatang serupa itu dapat menyerang mereka sehingga hancur, bahkan bentuk mukanya yang mengerikan sudah cukup untuk membinasakan mereka.
20Namun semua itu tidak perlu. Engkau dapat juga mengejar mereka dengan keadilan-Mu dan membuat mereka jatuh binasa dengan sentuhan halus kuasa-Mu. Tetapi segala tindakan-Mu sudah Engkau atur menurut ukuran, jumlah, dan timbangan tertentu.
Allah Berkuasa dan Penuh Kasih21Memang Engkau dapat menunjukkan besarnya kekuasaan-Mu bila sahaja Kauinginkan, dan tidak ada yang dapat melawan Engkau.
22Dalam pandangan-Mu, seluruh dunia hanya seperti sebutir debu di neraca atau setitis embun pagi yang jatuh ke bumi.
23Kerana Engkau berkuasa terhadap segala sesuatu, maka semua orang Engkau kasihani. Engkau tidak memperhatikan dosa mereka dan Engkau memberi mereka masa untuk bertaubat.
24Engkau mengasihi segala yang ada dan tidak membenci ciptaan-Mu sendiri. Sekiranya Engkau tidak menyukainya, pasti Engkau tidak menjadikannya.
25Mustahil sesuatu tetap ada jika Engkau tidak menginginkannya. Tidak mungkin sesuatu dapat bertahan jika Engkau tidak menciptanya.
26Segalanya Engkau pelihara, ya Tuhan, kerana semua itu milik-Mu dan Engkau menyayangi setiap makhluk hidup.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.