MAZMUR 61 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Doa Minta Perlindungan

1Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Daud.

2Dengarlah seruanku, ya Allah,

dengarlah doaku!

3Dari negeri yang jauh aku berseru kepada-Mu,

kerana aku putus asa.

Bawalah aku ke tempat perlindungan yang selamat,

4kerana Engkaulah pelindungku,

pertahanan yang kuat terhadap musuhku.

5Izinkanlah aku tinggal di khemah-Mu sepanjang hidupku;

supaya aku selamat di bawah naungan sayap-Mu.

6Ya Allah, Engkau telah mendengar janjiku,

dan memberikan pusaka orang yang menghormati Engkau kepadaku.

7Lanjutkanlah usia raja,

semoga kerajaannya berlanjutan turun-temurun.

8Semoga raja memerintah selama-lamanya di hadirat-Mu;

ya Allah, lindungilah raja dengan kesetiaan dan kasih-Mu.

9Maka aku akan selalu menyanyikan pujian kepada-Mu,

dan setiap hari aku akan menepati janjiku.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help