1Pada hari itu juga Tobit teringat akan wang yang diamanahkannya pada Gabael di Ragai, di negeri Media.
2Katanya dalam hati, “Aku sudah minta kepada Tuhan supaya aku mati saja. Baiklah kupanggil anakku Tobias dan kuceritakan kepadanya tentang wang itu sebelum aku mati.”
3-4Lalu Tobit memanggil Tobias dan berkata, “Nak, sesudah aku mati, kuburkanlah aku dengan semestinya. Hormatilah ibumu dan peliharalah dia selama hidupnya. Sesudah dia meninggal, kuburkanlah dia di sampingku. Ingatlah bahawa dia mempertaruhkan nyawanya pada masa mengandung dan melahirkan engkau. Oleh itu berusahalah untuk selalu menyenangkan hati ibumu, dan jangan kaususahkan dia dengan kelakuanmu.
5Nak, ingatlah kepada Tuhan, Allahmu selama hidupmu. Jangan berdosa dan jangan langgar perintah-perintah-Nya. Lakukanlah selalu apa yang baik dan benar, dan jangan libatkan dirimu dalam kejahatan,
6kerana orang yang melakukan yang benar akan berhasil dalam segala usaha mereka.
7Berilah sedekah dengan murah hati kepada sesiapa yang setia mentaati Allah. Jangan menyesal apabila memberi sedekah. Jika engkau tak memperhatikan orang miskin, Allah pun tak akan memperhatikan engkau.
16Daripada makananmu, berilah kepada orang yang lapar, dan daripada pakaianmu, berilah kepada orang yang miskin. Apa yang berlebihan padamu berikanlah sebagai sedekah. Apabila engkau memberi sedekah, berilah dengan ikhlas dan murah hati.
17Apabila seorang salih meninggal, sajikanlah makanan yang berlimpah-limpah bagi keluarganya, tetapi jangan berbuat begitu bagi orang yang berdosa.
18Mintalah nasihat setiap orang bijaksana, dan jangan remehkan nasihat yang berguna.
19Pujilah Tuhan, Allahmu setiap waktu. Mohonlah kepada-Nya agar Dia mengarahkan hidupmu, dan supaya semua rancanganmu dan perbuatanmu berhasil. Di kalangan bangsa-bangsa lain tak ada yang menerima nasihat Allah. Dialah sumber segala nasihat yang baik. Tapi kalau Dia mahu, Dia dapat juga menurunkan orang ke alam maut. Ingatlah baik-baik semua petunjukku; jangan sampai ada yang kaulupakan.
20Sekarang aku ingin menyampaikan kepadamu bahawa dulu aku menitipkan sejumlah besar wang pada Gabael anak Gabria di kota Ragai, di negeri Media.
21Kita sekarang sudah jatuh miskin, tapi engkau tak perlu khuatir. Jika engkau taat kepada Allah, menjauhi segala dosa dan melakukan apa yang diperkenankan Tuhan, Allahmu, maka engkau akan mendapat harta banyak.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.