2 KORINTUS 3 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Hamba Perjanjian yang Baru

1Adakah hal ini kedengarannya seolah-olah kami membanggakan diri lagi? Adakah kami, seperti orang lain, memerlukan surat perakuan untuk kamu, ataupun daripada kamu? Tidak, kami tidak memerlukan surat perakuan.

2Kamu sendirilah surat perakuan kami, yang tertulis di dalam hati kami dan yang boleh diketahui serta dibaca oleh semua orang.

3

10Boleh dikatakan bahawa dengan adanya kemuliaan yang sangat gemilang sekarang ini, kemuliaan yang gemilang pada masa lalu itu sudah tiada.

11Jika sesuatu yang sementara mempunyai kemuliaan, maka sesuatu yang kekal mempunyai kemuliaan yang lebih gemilang lagi.

12Kerana kami mempunyai harapan seperti itu, kami dapat berkata-kata dengan keyakinan.

13

17Tuhan yang dimaksudkan di sini ialah Roh. Sesiapa mempunyai Roh Tuhan, orang itu bebas.

18Sekarang muka kita tidak berselubung dan kita memantulkan kemuliaan Tuhan. Kemuliaan itu berasal daripada Tuhan, dan Tuhan itu Roh yang mengubah kita semua. Kita semakin menjadi seperti Dia dan semakin memiliki kemuliaan-Nya.

Blog
About Us
Message
Site Map