SIRAKH 35 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

1Mentaati Taurat sama nilainya dengan mempersembahkan korban yang banyak, dan mengendahkan perintah Tuhan sama nilainya dengan mempersembahkan korban untuk memohon berkat Tuhan.

2Apabila membalas kebaikan, samalah dengan membawa korban untuk mengucap syukur kepada Tuhan, dan memberi derma sama dengan menyampaikan korban kesyukuran.

3Orang yang menjauhi dosa menyenangkan hati Tuhan, dan orang yang menolak kejahatan diampunkan dosa mereka.

4Tetapi janganlah pergi ke Rumah Tuhan dengan tangan kosong, oleh sebab hukum mewajibkan kita membawa persembahan.

5Kalau seorang jujur mempersembahkan korban, lemak daripada korbannya meleleh di atas mazbah dan bau harumnya naik ke hadirat Yang Maha Tinggi.

6Tuhan berkenan kepada korban daripada orang jujur dan tidak melupakannya.

7Pujilah Tuhan dengan murah hati, dan jangan kikir waktu mempersembahkan bahagian pertama hasil tanahmu.

8Bawalah setiap persembahanmu dengan muka yang gembira dan serahkanlah korban persepuluhanmu dengan hati yang riang.

9Berilah Yang Maha Tinggi pemberian yang sepadan dengan pemberian-Nya kepadamu; berikanlah pemberian dengan murah hati dan menurut kemampuanmu. 2 Kor 9.7

10Berbuatlah demikian oleh sebab Tuhanlah yang memberi ganjaran; Dia akan membalas engkau sampai tujuh kali ganda.

Tuhan itu Adil

11Jangan cuba menyuap Tuhan, oleh sebab Dia tidak akan menerimanya. Jangan pula bersandar kepada persembahan yang tidak halal,

12kerana Tuhan itu hakim, dan Dia tidak berat sebelah.

13Dia tidak berat sebelah dalam perkara orang miskin, tetapi mendengar doa orang yang diperlakukan dengan tidak adil.

14Dia tidak mengabaikan doa yatim piatu atau balu yang mencurahkan isi hati.

15Air mata meleleh di pipi seorang balu yang berteriak mempersalahkan orang yang membuat dia menangis.

16Tuhan memperkenankan orang yang berkhidmat kepada-Nya dan doa mereka naik sampai ke langit.

17Doa orang miskin menembus awan, dan mereka tidak terhibur sebelum doa mereka sampai kepada Tuhan.

18Mereka tidak berhenti sehingga Yang Maha Tinggi memperhatikan mereka dengan menjalankan keadilan serta membela yang benar.

19Tuhan akan bertindak dengan cepat; Dia tidak akan bersabar dengan orang jahat.

20Dia akan menghukum bangsa-bangsa dan menghancurkan orang yang tidak kenal belas kasihan.

21Gerombolan orang yang bongkak akan ditumpas, dan kekuasaan orang jahat akan ditumbangkan.

22Setiap orang akan dibalas setimpal dengan perbuatan dan rancangannya.

23Tuhan akan membela umat-Nya, dan mereka akan bergembira kerana belas kasihan-Nya.

24Tepatlah datangnya belas kasihan Tuhan di tengah kesusahan, seperti hujan yang turun pada musim kemarau.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help