YEHEZKIEL 19 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Lagu Ratapan

1TUHAN menyuruh aku menyanyikan lagu ratapan ini bagi dua orang putera Israel:

2Ibu kamu bagaikan singa betina

yang sangat berani.

Dia membesarkan anak-anaknya

antara singa-singa jantan yang ganas.

3Dia membesarkan seekor anak dan mengajarnya berburu;

lalu anak itu menjadi pemakan manusia.

4Bangsa-bangsa mendengar tentang anak itu,

lalu mereka memerangkapnya di dalam lubang.

Mereka menyeretnya dengan kait

dan membawanya ke negeri Mesir.

5Si ibu menanti kepulangan anaknya,

tetapi harapannya sia-sia sahaja.

Kemudian dia melatih seekor anak lagi,

dan anak itu menjadi singa yang ganas.

6Anak itu menjadi dewasa

dan bergaul dengan singa-singa jantan yang lain.

Dia juga belajar berburu

dan menjadi pemakan manusia.

7Dia merobohkan kubu

dan merosakkan kota.

Penduduk negeri ketakutan

setiap kali dia mengaum.

8Bangsa-bangsa bangkit melawan dia;

mereka datang dari segala tempat.

Mereka memasang jaring untuk menangkapnya,

lalu dia terjebak dalam perangkap mereka.

9Mereka memasukkan dia ke dalam kandang,

dan membawa dia kepada raja Babilonia.

Mereka mengawal dia supaya suaranya tidak kedengaran lagi

di atas bukit-bukit Israel.

10Ibu kamu bagaikan pokok anggur

yang ditanam di tepi anak sungai.

Kerana banyak air di situ,

pokok itu berbuah dan berdaun lebat.

11Carang-carangnya menjadi kuat

sehingga menjadi tongkat kerajaan.

Pokok itu menjulang tinggi ke awan,

dan dikagumi semua orang kerana tinggi dan lebat daunnya.

12Tetapi orang yang marah mencabutnya,

dan membuangnya ke tanah.

Angin timur bertiup dan mengeringkan buahnya.

Carangnya patah, menjadi kering lalu dibakar.

13Sekarang pokok itu ditanam di gurun,

di tanah yang kering dan kersang.

14Batang pokok anggur itu dimakan api,

carang dan buahnya terbakar.

Carangnya tidak menjadi kuat lagi,

tidak menjadi tongkat kerajaan lagi.

Inilah lagu ratapan yang berulang-ulang dinyanyikan orang.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help