1 TIMOTIUS Kata Pengantar - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Kata PengantarTimotius seorang Kristian muda dari Asia Kecil. Bapanya orang Yunani dan ibunya orang Yahudi. Timotius menjadi sahabat dan pembantu Paulus dalam pekerjaan Paulus. Surat Paulus yang Pertama kepada Timotius membincangkan tiga perkara yang saling berkaitan.Pertama, surat ini memperingatkan Timotius tentang ajaran palsu yang terdapat di kalangan jemaah. Ajaran ini campuran fahaman orang Yahudi dan fahaman orang bukan Yahudi yang berdasarkan kepercayaan bahawa alam semesta ini jahat. Menurut ajaran ini seseorang dapat diselamatkan hanya dengan memperolehi pengetahuan tentang rahsia tertentu, dan mentaati peraturan seperti tidak memakan makanan tertentu dan tidak berkahwin.Kedua, surat ini memberikan petunjuk tentang pentadbiran jemaah dan tentang ibadat. Paulus juga menjelaskan sifat-sifat orang yang layak menjadi pemimpin dan penolong jemaah.Akhirnya, Paulus menasihati Timotius supaya dia dapat menjadi hamba Yesus Kristus yang baik, dan mengingatkan dia akan tanggungjawabnya terhadap jemaah yang terdiri daripada berbagai-bagai golongan.KandunganPendahuluan 1.1-2

Petunjuk tentang Jemaah dan Para Pemimpin Jemaah 1.3—3.16

Nasihat kepada Timotius tentang Pekerjaannya 4.1—6.21

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help