ULANGAN 7 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Umat Pilihan Allah(Kel 34.11-16)

1 di kalangan mereka, dan membinasakan mereka yang melarikan diri dan pergi bersembunyi.

21Oleh itu, jangan takut akan bangsa-bangsa itu. TUHAN, Allah kamu menyertai kamu; Dia Allah yang agung, dan yang harus ditakuti.

22Sedikit demi sedikit TUHAN, Allah kamu akan mengusir bangsa-bangsa itu semasa kamu bergerak maju. Kamu tidak dapat membinasakan mereka dengan sekaligus, kerana jika kamu berbuat demikian, bilangan binatang liar akan meningkat dan menjadi ancaman kepada kamu.

23TUHAN akan menyerahkan musuh kepada kamu, dan Dia akan menyebabkan mereka cemas sehingga mereka dibinasakan.

24Dia akan menyerahkan raja-raja mereka kepada kamu. Kamu akan membunuh mereka, dan mereka akan dilupakan oleh manusia. Tiada seorang pun dapat menahan kamu; kamu akan membinasakan setiap orang.

25Bakarlah berhala-berhala mereka. Jangan ingini emas atau perak yang ada pada berhala mereka, dan jangan ambil benda-benda itu untuk diri kamu sendiri. Jika kamu mengambilnya, kamu akan ditimpa bencana, kerana TUHAN membenci penyembahan berhala.

26Jangan bawa satu pun berhala itu ke rumah kamu. Jika kamu membawanya, kutuk yang menimpa berhala-berhala itu akan menimpa kamu juga. Kamu mesti membenci dan menghina berhala, kerana berhala-berhala itu dikutuk oleh TUHAN.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help