1 TAWARIKH 11 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Raja Daud Menjadi Penguasa Israel dan Yehuda(2 Sam 5.1-10)

1Semua orang Israel pergi kepada Raja Daud di Hebron dan berkata, “Hamba semua kerabat tuanku.

2Sejak dahulu, bahkan ketika Raja Saul masih pemerintah kami, tuanku telah memimpin tentera Israel ke medan perang. Lagipun TUHAN Allah tuanku telah berjanji bahawa tuanku akan memimpin umat-Nya dan menjadi pemerintah mereka.”

3Oleh itu semua pemimpin orang Israel datang kepada Raja Daud di Hebron. Maka Raja Daud membuat perjanjian dengan para pemimpin Israel itu. Kemudian mereka menuang minyak zaitun pada kepala Raja Daud untuk melantik baginda menjadi raja Israel. Peristiwa ini berlaku seperti yang telah dijanjikan TUHAN melalui Samuel.

4 Dalam satu pertempuran, dia pernah melawan tiga ratus orang, dan membunuh mereka semua dengan tombaknya.

12Pahlawan kedua dalam “Kumpulan Tiga” itu ialah Eleazar anak Dodo daripada puak Ahohi.

13Dia memihak Raja Daud ketika berperang melawan orang Filistin dalam pertempuran di Pas-Damim. Eleazar berada di ladang barli ketika tentera Israel mula melarikan diri,

14tetapi dia dan anak buahnya bertahan di tengah-tengah ladang itu dan melawan orang Filistin. Kemudian TUHAN memberi Israel kemenangan yang cemerlang pada hari itu.

15-16Pada suatu hari, tiga orang antara tiga puluh orang askar yang terkemuka pergi menemui Raja Daud di suatu tempat yang berkubu di sebuah gunung batu, dekat Gua Adulam. Pada masa itu orang Filistin berkhemah di Lembah Refaim, dan sepasukan daripada mereka menduduki Betlehem.

17Raja Daud merindukan kampung halamannya lalu bertitah, “Alangkah baiknya jika beta diberikan air minum dari perigi dekat pintu gerbang di Betlehem!”

18Mendengar hal itu tiga orang pahlawannya menembusi perkhemahan orang Filistin, mengambil air dari perigi itu, lalu membawanya kepada Raja Daud. Tetapi Raja Daud tidak mahu meminum air itu, malahan mencurahkannya sebagai persembahan kepada TUHAN.

19Raja Daud bertitah, “Tidak mungkin beta minum air ini! Jika beta meminumnya, seolah-olah beta minum darah orang yang telah mempertaruhkan nyawa mereka!” Daud sama sekali tidak mahu meminum air itu. Demikianlah keberanian tiga orang askar yang terkenal itu.

20Abisai, adik Yoab ialah ketua “Kumpulan Tiga Puluh”. Dia melawan tiga ratus orang dan membunuh mereka dengan tombaknya. Oleh itu dia menjadi termasyhur di kalangan “Kumpulan Tiga Puluh”.

21Dialah yang termasyhur di kalangan “Kumpulan Tiga Puluh” dan menjadi pemimpin mereka, tetapi dia tidak termasyhur seperti “Kumpulan Tiga”.

22Benaya anak Yoyada dari Kabzeel ialah seorang askar yang gagah perkasa. Dia sangat berani dan pernah membunuh dua orang pahlawan terkemuka dari Moab. Pada suatu hari, ketika salji turun, dia masuk ke sebuah lubang dan membunuh seekor singa.

23Dia juga membunuh seorang Mesir yang berbadan besar; orang itu tingginya lebih dua meter, dan dia bersenjatakan tombak yang sangat besar. Benaya menyerang orang Mesir itu dengan belantan, merampas tombak dari tangan orang itu, dan membunuhnya dengan tombak itu.

24Demikianlah keberanian Benaya, seorang daripada “Kumpulan Tiga Puluh”.

25Benaya terkemuka di kalangan “Kumpulan Tiga Puluh”, tetapi dia tidak terkenal seperti “Kumpulan Tiga”. Raja Daud melantik dia menjadi ketua pengawal peribadinya.

26-47Inilah askar-askar terkemuka yang lain:

Asael, adik Yoab

Elhanan anak Dodo dari Betlehem

Samot dari Harod

Heles dari Pelon

Ira anak Ikes dari Tekoa

Abiezer dari Anatot

Sibkhai dari Husa

Ilai dari Ahoh

Maharai dari Netofa

Heled anak Baana dari Netofa

Itai anak Ribai dari Gibea

di wilayah Benyamin

Benaya dari Piraton

Hurai dari lembah-lembah Gaas

Abiel dari Araba

Azmawet dari Bahurim

Elyahba dari Saalbon

Hasyem dari Gizon

Yonatan anak Sage dari Harar

Ahiam anak Sakhar dari Harar

Elifal anak Ur

Hefer dari Mekherat

Ahia dari Pelon

Hezrai dari Karmel

Naarai anak Ezbai

Yoel, saudara Natan

Mibhar anak Nagri

Zelek dari Amon

Naharai dari Beerot,

pembawa senjata Yoab

Ira dan Gareb dari Yatir

Uria orang Het

Zabad anak Ahlai

Adina anak Siza (seorang yang terkemuka daripada suku Ruben yang mempunyai pasukan 30 orang)

Hanan anak Maakha

Yosafat dari Mitni

Uzia dari Asytarot

Syama dan Yeiel, anak-anak Hotam dari Aroer

Yediael dan Yoha, anak-anak Simri dari Tiz

Eliel dari Mahawim

Yeribai dan Yosawya, anak-anak Elnaam

Yitma dari Moab

Eliel, Obed, dan Yaasiel dari Mezobaya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help