1Selepas kedua-dua orang anak Harun meninggal kerana mempersembahkan api yang tidak dikehendaki TUHAN, TUHAN berfirman kepada Musa,
2
9Harun akan menyembelih kambing yang terpilih untuk TUHAN, lalu mempersembahkannya sebagai korban untuk mengampunkan dosa.
10Kambing yang dipilih untuk Azazel, harus dipersembahkan hidup-hidup kepada TUHAN, lalu dilepaskan ke padang gurun untuk Azazel supaya dosa umat Israel dihapuskan.
11Apabila Harun mempersembahkan lembu jantan itu sebagai korban untuk mengampunkan dosa bagi dirinya sendiri dan bagi keluarganya,
12dia harus membawa sebuah perbaraan yang penuh dengan bara api dari mazbah dan dua genggam kemenyan halus, lalu membawa semuanya ke dalam Bilik Maha Suci.
13Di sana, di hadapan Tabut Perjanjian, dia harus membakar kemenyan itu dan asap kemenyan itu akan menutupi penutup Tabut Perjanjian supaya Harun tidak nampak penutup itu; jika dia nampak penutup itu, dia akan mati.
14Dia harus mengambil sedikit darah lembu jantan itu, lalu dengan jarinya memercikkan darah itu di bahagian depan penutup Tabut Perjanjian dan tujuh kali di depan Tabut itu.
15
21Harun harus meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas kepala kambing itu lalu mengakui segala kejahatan, dosa, dan pemberontakan umat Israel. Dengan demikian semua dosa umat Israel dipindahkan ke atas kepala kambing itu. Kemudian kambing itu harus diusir ke padang gurun oleh seorang yang sudah diberikan tugas itu.
22Kambing itu membawa segala dosa umat Israel jauh ke tanah tandus, yang tidak dihuni orang. Kambing itu akan dilepaskan di padang gurun.
23 Yeh 44.19 Selepas itu Harun harus masuk ke dalam Khemah TUHAN, membuka pakaian imam yang dipakainya ketika dia masuk ke Bilik Maha Suci, lalu meninggalkan pakaian itu di situ.
24Dia mesti mandi di satu tempat yang khas, kemudian memakai pakaiannya sendiri. Selepas itu dia harus keluar, lalu mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, bagi menghapuskan dosanya sendiri dan dosa umat Israel.
25Dia harus membakar lemak binatang yang dipersembahkan bagi korban untuk mengampunkan dosa, di atas mazbah.
26Orang yang melepaskan kambing jantan untuk Azazel di padang gurun, mesti mencuci pakaiannya dan mandi sebelum balik ke perkhemahan.
27Ibr 13.11 Lembu jantan dan kambing yang dipersembahkan bagi korban untuk mengampunkan dosa, dan yang darahnya dibawa ke dalam Bilik Maha Suci untuk menghapuskan dosa, mesti dibawa ke luar perkhemahan dan dibakar. Kulit, daging, dan usus kedua-dua binatang itu mesti dibakar semuanya.
28Orang yang membakarnya mesti mencuci pakaiannya dan mandi sebelum balik ke perkhemahan.
Cara Merayakan Hari Pengampunan Dosa29Peraturan-peraturan yang berikut harus dipatuhi selama-lamanya. Pada hari kesepuluh bulan ketujuh, orang Israel dan orang asing yang tinggal bersama-sama mereka, mesti berpuasa dan tidak boleh bekerja.
30Pada hari itu upacara harus dilakukan untuk menyucikan mereka daripada segala dosa agar mereka menjadi tahir.
31Hari itu adalah hari yang sangat suci, apabila orang Israel berpuasa dan tidak bekerja sama sekali. Peraturan-peraturan ini mesti dipatuhi selama-lamanya.
32Imam Agung yang telah ditahbiskan untuk menggantikan bapanya, dan dikhaskan bagi Allah, mesti melakukan upacara penyucian. Dia harus memakai pakaian imam,
33lalu melakukan upacara penyucian bagi Bilik Maha Suci, bahagian-bahagian lain Khemah TUHAN, mazbah, imam-imam, dan semua orang Israel.
34Im 23.26-32; Bil 29.7-11 Peraturan-peraturan ini mesti dipatuhi selama-lamanya. Upacara ini mesti dilakukan sekali setahun untuk menyucikan orang Israel daripada segala dosa mereka.
Oleh itu, semuanya dilakukan sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.