1 di Laut Gelagah.
8Tetapi Dia menyelamatkan mereka menurut janji-Nya,
untuk menunjukkan kuasa-Nya yang besar.
9 dan laut itu pun kering,
lalu Dia memimpin umat-Nya menyeberang laut yang kering itu.
10Dia menyelamatkan mereka daripada orang yang membenci mereka,
dan membebaskan mereka daripada musuh mereka.
11Tetapi air melemaskan musuh mereka;
tiada seorang pun selamat.
12
23 Kel 32.1-14 Apabila Allah berfirman hendak membinasakan umat-Nya;
Musa, hamba pilihan-Nya, berdiri di hadapan Allah,
dan memujuk Dia supaya tidak membinasakan mereka.
24Kemudian mereka menolak tanah yang indah itu,
kerana mereka tidak percaya akan janji Allah.
25Mereka merungut di dalam khemah mereka
dan tidak mahu mendengarkan TUHAN.
26 Bil 14.1-35 Maka dengan sumpah Dia berjanji
akan membunuh mereka di gurun,
27 Im 26.33 dan mencerai-beraikan keturunan mereka antara bangsa-bangsa,
sehingga mereka mati di negeri-negeri asing.
28Kemudian di Peor, umat Allah ikut menyembah Baal,
dan makan korban yang dipersembahkan kepada dewa-dewa yang tidak bernyawa.
29Mereka membangkitkan kemurkaan TUHAN dengan perbuatan mereka,
lalu penyakit yang dahsyat menyerang mereka.
30Tetapi Pinehas berdiri dan menghukum orang yang bersalah,
lalu wabak itu pun berhenti.
31 Bil 25.1-13 Jasanya itu diingati orang,
dan dia pun dikenang sampai selama-lamanya.
32Mereka membangkitkan kemurkaan TUHAN di mata air di Meriba,
dan menyusahkan Musa dengan perbuatan mereka.
33 Bil 20.2-13 Mereka membuat dia begitu marah,
sehingga dia mengeluarkan kata-kata yang tidak seharusnya.
34Bangsa-bangsa lain tidak dimusnahkan mereka
seperti yang diperintahkan TUHAN.
35Malah mereka mengahwini bangsa-bangsa itu,
dan meniru cara hidup orang yang tidak mengenal Allah.
36 Hak 2.1-3, 3.5-6 Umat Allah menyembah berhala-berhala,
dan hal ini menyebabkan kebinasaan mereka.
37 2 Raj 17.17 Mereka mempersembahkan anak-anak sendiri sebagai korban
kepada dewa-dewa negeri Kanaan.
38 Bil 35.33 Mereka membunuh anak-anak yang tidak bersalah,
sehingga negeri itu dinajiskan oleh pembunuhan itu.
39Mereka mencemarkan diri dengan perbuatan mereka,
dan mereka tidak setia kepada Allah.
40Oleh itu TUHAN murka terhadap umat-Nya;
Dia berasa jijik terhadap mereka.
41Dia menyerahkan mereka ke dalam kuasa bangsa-bangsa,
dan membiarkan musuh menjajah mereka.
42Mereka ditindas oleh musuh,
mereka dijajah sepenuhnya.
43Berulang kali TUHAN menyelamatkan umat-Nya,
tetapi mereka masih memberontak terhadap-Nya,
sehingga dosa mereka bertambah-tambah.
44Namun TUHAN mendengar seruan mereka,
dan memperhatikan kesusahan mereka.
45Bagi kebaikan mereka, Dia ingat akan perjanjian-Nya,
dan kerana kasih-Nya yang besar, Dia mengasihani mereka.
46 Hak 2.14-18 Dia menyebabkan semua orang yang menindas mereka
berasa kasihan terhadap mereka.
47Selamatkanlah kami, ya TUHAN, Allah kami,
dan bawalah kami pulang dari antara bangsa-bangsa,
supaya kami dapat bersyukur,
dan memuji nama-Mu yang suci.
48 1 Taw 16.35-36 Pujilah TUHAN, Allah umat Israel;
pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya!
Hendaklah semua orang berkata, “Amin!”
Pujilah TUHAN!
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.