1Jika engkau dijadikan pemimpin perjamuan, jangan berlagak seperti orang penting. Berbuatlah seperti orang lain dan layanilah tamu-tamu sebelum engkau sendiri duduk.
2Sesudah melakukan semua kewajipanmu, barulah engkau boleh duduk dan bersenang-senang bersama dengan yang lain. Maka engkau akan dihormati kerana menjalankan tugasmu dengan baik.
3Jika engkau sudah tua, engkau boleh bercakap, kerana hal itu hakmu. Tetapi kamu hendaklah bercakap seperti orang yang berpengetahuan dan jangan ganggu muzik.
4Jangan bercakap sementara hiburan berlangsung; saat itu tidak tepat untuk menunjukkan kebijaksanaanmu.
5Seperti batu delima dalam bingkai emas, begitulah muzik pada pesta wain.
6Muzik yang dinikmati bersama dengan wain manis seperti batu zamrud dalam bingkai emas.
7Jika engkau masih muda, bercakaplah seperlunya sahaja, tidak lebih daripada dua kali, dan hanya kalau ditanya.
8Percakapanmu hendaknya singkat dan tepat. Jadilah orang yang tahu banyak tetapi berdiam diri.
9Di hadapan orang terkemuka, jangan berbuat seolah-olah engkau setara dengan mereka, dan jangan terus berborak kalau orang lain sedang bercakap.
10Seperti halilintar mendahului guruh, begitu juga nama baik mendahului orang yang rendah hati.
11Tinggalkanlah pesta pada waktunya dan jangan balik paling akhir. Jangan menunggu-nunggu di pintu, tetapi beranjaklah dengan segera.
12Di rumahmu engkau dapat bersenda gurau dan berbuat sekehendak hatimu, tetapi jangan berdosa kerana berbual.
13Selain itu bersyukurlah kepada Penciptamu yang telah melimpahi engkau dengan anugerah-anugerah yang baik.
Cara Mentafsirkan Hukum Allah14Orang yang takut kepada Tuhan menerima teguran-Nya. Tuhan memberkati orang yang bangun pagi-pagi untuk berdoa kepada-Nya.
15Sesiapa yang menyelidiki Taurat akan diresapi oleh Taurat. Tetapi orang yang berpura-pura akan jatuh kerananya.
16Orang yang takut kepada Tuhan tahu apa yang tepat, dan mereka terkenal kerana perbuatan yang baik.
17Orang yang berdosa tidak mahu menerima teguran, dan mentafsirkan Taurat menurut kemahuan sendiri.
18Orang yang arif mempertimbangkan setiap pendapat, sedangkan orang yang sangat sombong dan orang yang bongkak tidak tahu erti malu.
19Berfikirlah sebelum bertindak, maka engkau tidak perlu menyesali perbuatanmu.
20Jangan tempuh jalan yang bahaya supaya engkau tidak tersandung pada batu-batunya.
21Jangan berasa terlalu yakin di jalan yang belum dikenal.
22Awasilah selalu jalan-jalan yang kautempuh.
23Berwaspadalah dalam segala tindakanmu; dengan demikian engkau melakukan perintah Tuhan.
24Orang yang percaya kepada hukum melakukan perintah Tuhan, dan orang yang percaya kepada Tuhan tidak mendapat rugi.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.