1Sekarang Yosua sudah sangat tua. TUHAN berfirman kepadanya, “Engkau sudah sangat tua, tetapi masih banyak lagi tanah yang mesti direbut:
2semua wilayah Filistin dan Gesur,
3dan juga seluruh wilayah Awi ke arah selatan. (Tanah dari Sungai Sikhor di sempadan Mesir, sampai ke sempadan Ekron di utara, dianggap sebagai tanah orang Kanaan; raja-raja orang Filistin tinggal di Gaza, Asdod, Askelon, Gat, dan Ekron.)
4Tanah yang masih harus direbut: seluruh negeri Kanaan dan Meara (milik orang Sidon), sampai ke Afek di sempadan negeri orang Amori;
5tanah orang Gebal; seluruh kawasan Lebanon ke arah timurnya, dari Baal-Gad di sebelah selatan Gunung Hermon sampai ke Genting Hamat;
6 Musa telah mengalahkan semua orang itu dan mengusir mereka.
13Tetapi orang Israel tidak mengusir penduduk Gesur dan Maakha; mereka masih tinggal di Israel.
14 Ul 18.1 Musa tidak memberikan tanah kepada suku Lewi kerana menurut perintah TUHAN kepada Musa, mereka diberikan bahagian daripada korban-korban yang dibakar di atas mazbah untuk TUHAN, Allah Israel.
Wilayah untuk Suku Ruben15Musa telah memberikan sebahagian tanah kepada keluarga-keluarga suku Ruben sebagai milik mereka.
16Wilayah mereka meliputi Aroer (di tepi lembah Sungai Arnon) dan kota di tengah-tengah lembah itu, termasuk seluruh dataran tinggi di sekitar Medeba.
17Wilayah itu meliputi Hesybon dan semua kota di dataran tinggi: Dibon, Bamot-Baal, Bet-Baal-Meon,
18Yahas, Kedemot, Mefaat,
19Kiryataim, Sibma, Zeret-Hasahar di atas bukit di lembah itu,
20Bet-Peor, lereng Gunung Pisga, dan Bet-Yesimot.
21Wilayah itu juga meliputi semua kota di dataran tinggi dan seluruh kerajaan Raja Sihon, raja orang Amori yang pernah memerintah di Hesybon. Musa mengalahkan baginda dan penguasa-penguasa Midian: Ewi, Rekem, Zur, Hur, dan Reba. Semua orang ini pernah memerintah tanah itu bagi Raja Sihon.
22Antara orang yang dibunuh oleh umat Israel ialah Bileam anak Beor, tukang tilik itu.
23Sungai Yordan menjadi sempadan wilayah Ruben di sebelah barat. Itulah semua kota dan pekan yang diberikan kepada semua keluarga suku Ruben sebagai milik mereka.
Wilayah untuk Suku Gad24Musa juga telah memberikan sebahagian tanah kepada keluarga-keluarga suku Gad sebagai milik mereka.
25Wilayah mereka meliputi Yaezer, semua kota Gilead, separuh daripada tanah Amon sampai ke Aroer di sebelah timur Raba.
26Tanah mereka terbentang luas dari Hesybon ke Ramat-Mizpa dan Betonim, dari Mahanaim sampai ke sempadan Lodebar.
27Di Lembah Yordan, wilayah itu meliputi Bet-Haram, Bet-Nimra, Sukot, dan Zafon, iaitu kawasan lain kerajaan Raja Sihon dari Hesybon. Di sebelah barat, sempadan wilayah itu ialah Sungai Yordan, sampai ke Tasik Galilea di utara.
28Itulah semua kota dan pekan yang diberikan kepada semua keluarga suku Gad sebagai milik mereka.
Wilayah untuk Suku Manasye Timur29Musa juga telah memberikan sebahagian tanah kepada semua keluarga dalam setengah daripada suku Manasye sebagai milik mereka.
30Wilayah mereka meliputi Mahanaim dan seluruh Basan, iaitu seluruh kerajaan Raja Og dari Basan, termasuk enam puluh buah kampung Yair di daerah Basan.
31Kawasan mereka juga meliputi separuh daerah Gilead termasuk Asytarot dan Edrei, dua buah ibu kota kerajaan Raja Og di daerah Basan. Seluruh kawasan itu diberikan kepada separuh daripada keluarga-keluarga keturunan Makhir anak Manasye.
32Begitulah cara Musa membahagikan tanah di sebelah timur Yerikho dan Sungai Yordan ketika dia di dataran rendah Moab.
33Bil 18.20; Ul 18.2 Tetapi Musa tidak memberikan bahagian tanah mana pun kepada suku Lewi. Musa memberitahu mereka bahawa bahagian mereka adalah daripada korban-korban yang dipersembahkan kepada TUHAN, Allah Israel.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.