YEHEZKIEL 32 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Raja Mesir Dibandingkan dengan Buaya

1Pada hari pertama, bulan kedua belas, tahun kedua belas masa kami dalam buangan, TUHAN berfirman kepadaku,

2“Hai manusia fana, berikanlah amaran keras kepada raja Mesir. Sampaikanlah firman-Ku kepadanya, ‘Di hadapan bangsa-bangsa lain engkau berlagak seperti singa, tetapi engkau lebih menyerupai buaya yang berkecimpung di dalam sungai. Kakimu mengeruhkan dan mengotorkan sungai-sungai.

3Apabila bangsa-bangsa berkumpul, Aku akan menangkap engkau dengan jala-Ku dan membiarkan bangsa-bangsa menyeret jala itu ke darat.

4Aku akan menghempaskan engkau ke tanah lalu menyuruh segala burung dan binatang di dunia untuk memakan engkau.

5Aku akan menghamburkan mayatmu yang membusuk itu di seluruh bukit dan lembah.

6Aku akan menumpahkan darahmu sehingga membasahi bukit-bukit dan memenuhi anak-anak sungai.

7 tahun kedua belas masa pembuangan kami, TUHAN berfirman kepadaku,

18“Hai manusia fana, merataplah bagi rakyat Mesir yang banyak itu. Hantarlah mereka bersama-sama bangsa lain yang kuat ke dunia orang mati.

19Katakanlah kepada mereka,

‘Adakah kamu berfikir kamu lebih cantik daripada orang lain?

Kamu akan turun ke dunia orang mati,

dan berbaring di sana bersama-sama orang yang tidak mengenal Allah.’

20Rakyat Mesir akan gugur bersama-sama mereka yang mati dalam peperangan. Sebilah pedang sudah siap untuk membunuh mereka semua.

21Para pahlawan dan orang yang memihak Mesir akan menyambut kedatangan orang Mesir ke dunia orang mati. Mereka bersorak, ‘Lihatlah, orang yang tidak mengenal Allah telah terbunuh dalam peperangan. Sekarang mereka ke mari, dan berbaring di sini!’

22Asyur berada di sana, dikelilingi oleh kubur-kubur askarnya. Mereka semua telah terbunuh dalam peperangan,

23dan kubur mereka terletak di bahagian yang paling dalam di dunia orang mati. Semua askarnya telah gugur dalam peperangan dan Asyur dikelilingi oleh kubur mereka. Namun pada suatu masa dahulu, mereka menimbulkan ketakutan di dunia orang hidup.

24Elam berada di sana, dikelilingi oleh kubur-kubur askarnya. Mereka semua telah gugur dalam peperangan, lalu turun ke dunia orang mati tanpa mengenal Allah. Semasa hidup, mereka menimbulkan ketakutan antara semua orang, tetapi sekarang mereka telah mati dan menanggung malu.

25Elam berbaring bersama-sama mereka yang terbunuh dalam peperangan, dikelilingi oleh kubur-kubur askarnya. Mereka semua tidak mengenal Allah. Semuanya gugur dalam peperangan. Semasa hidup, mereka menimbulkan ketakutan antara semua orang, tetapi sekarang mereka mati dan menanggung malu bersama-sama orang yang gugur dalam peperangan.

26Mesekh dan Tubal berada di sana, di kelilingi oleh kubur-kubur askar mereka. Mereka semua tidak mengenal Allah, dan mereka semua gugur dalam peperangan. Namun pada suatu masa dahulu mereka menakutkan orang yang hidup.

27Mereka tidak diberikan penguburan yang terhormat seperti pahlawan pada zaman purba yang dikebumikan lengkap dengan pedang di bawah kepala dan perisai di atas dada. Semasa hidup, pahlawan-pahlawan itu sungguh perkasa sehingga menakutkan orang hidup.

28Demikianlah orang Mesir akan hancur dan dibaringkan bersama-sama orang yang tidak mengenal Allah, yang gugur dalam peperangan.

29Edom ada di sana dengan semua raja dan penguasanya. Dahulu mereka askar yang kuat, tetapi sekarang mereka terbaring di dunia orang mati bersama-sama orang yang tidak mengenal Allah, yang gugur dalam peperangan.

30Semua penguasa negeri-negeri utara berada di sana, demikian juga orang Sidon. Pada suatu masa dahulu kekuasaan mereka menimbulkan ketakutan, tetapi sekarang mereka mati dan dipermalukan bersama-sama mereka yang gugur dalam peperangan. Mereka dikuburkan bersama-sama orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menanggung hinaan orang yang turun ke dunia orang mati.

31Raja Mesir dan tenteranya akan terhibur melihat semua orang yang mati dalam peperangan.” Demikianlah TUHAN Raja berfirman.

32 Yes 19.1-25; Yer 46.2-26 “Akulah yang menyebabkan raja Mesir menakutkan orang hidup, tetapi sekarang dia dan tenteranya akan dibunuh. Mereka akan dikebumikan bersama-sama semua orang yang gugur dalam peperangan, dan yang tidak mengenal Allah.” Demikianlah firman TUHAN Raja.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help