1Kemudian Elifas menjawab,
2“Cakap kosong, Ayub! Engkau bercakap kosong!
3Tiada orang bijak akan bercakap seperti engkau,
ataupun membela dirinya dengan kata-kata yang tidak bermakna.
4Engkau menawarkan hati orang yang takut kepada Allah;
engkau menghalang mereka berdoa kepada-Nya.
5Kata-katamu membuktikan bahawa engkau bersalah,
tetapi kejahatanmu engkau tutup dengan kata-kata licik.
6Tidak payahlah aku menyalahkan engkau;
engkau telah disalahkan oleh setiap katamu sendiri.
7Adakah engkau berfikir bahawa engkau orang yang pertama dilahirkan?
Adakah engkau hadir ketika gunung diciptakan?
8Adakah engkau mendengar rancangan yang dibuat oleh Allah?
Adakah engkau sahaja yang memiliki hikmat manusia?
9Segala yang engkau ketahui, kami ketahui juga;
segala yang engkau fahami, jelas pula bagi kami.
10Kami mendapat hikmat daripada orang yang beruban,
mereka sudah ada sebelum bapamu dilahirkan.
11Mengapakah penghiburan Allah enggan engkau terima?
Kami bercakap dengan sabar dan lembut bagi pihak-Nya.
12Mengapakah engkau terbawa-bawa oleh perasaan,
dan mengapakah matamu menyala-nyala,
13sehingga engkau marah kepada Allah dan mengecam Dia?
14Adakah manusia betul-betul tidak bercela?
Dapatkah manusia dibenarkan di hadapan Allah?
15Bahkan kepada malaikat-Nya pun Allah tidak percaya;
malaikat-malaikat pun tidak suci di sisi-Nya.
16 menunggu untuk makan mayat mereka;
mereka tahu bahawa mereka akan binasa.
24Mereka cemas dan amat menderita
seperti diserang oleh raja perkasa.
25Begitulah kesudahan orang yang berani melawan Allah,
dan mencabar Yang Maha Kuasa.
26-27Mereka sombong dan suka memberontak;
dengan degil mereka mengangkat perisai
dan tergesa-gesa melawan Allah.
28Itulah orang yang telah menaklukkan kota-kota,
dan merampas rumah-rumah yang sudah ditinggalkan.
Kota-kota itu sudah ditentukan untuk tetap menjadi reruntuhan.
29Mereka tidak akan tetap kaya untuk waktu yang lama;
segala milik mereka tidak akan kekal.
Bahkan bayang-bayang mereka pun akan lenyap,
30dan mereka tidak akan terlepas daripada kegelapan.
Mereka akan menjadi seperti pokok
yang cabangnya dibakar api;
mereka akan dimusnahkan oleh hembusan nafas Allah.
31Jika mereka percaya kepada yang tidak berguna,
yang akan diterima mereka tidak berguna juga.
32Sebelum masanya, mereka akan mati,
seperti cabang layu yang tidak menghijau lagi.
33Mereka seperti pokok anggur yang gugur buahnya,
dan seperti pokok zaitun yang jatuh bunganya.
34Orang yang tidak mengenal Allah tidak akan berketurunan,
dan api akan memusnahkan rumah yang dibina daripada hasil suapan.
35Itulah orang yang merancang serta melakukan kejahatan;
hati mereka sentiasa penuh dengan penipuan.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.