AYUB 17 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

1Ajalku sudah dekat, hampir putus nafasku;

tiada apa-apa lagi selain kubur untukku.

2Orang menjadikan aku bahan ejekan.

Aku melihat betapa kejamnya mereka melontarkan sindiran.

3Aku ini jujur, ya Allah. Percayailah aku.

Tiada sesiapa lagi yang menyokong perkataanku.

4Engkau telah membuntukan fikiran mereka;

janganlah biarkan aku dikalahkan mereka.

5Menurut pepatah, sesiapa mengkhianati sahabat demi keuntungan,

anak-anaknya sendiri akan menerima pembalasan.

6Sekarang aku disindir dengan pepatah itu;

mereka datang dan meludahi mukaku.

7Mataku kabur kerana dukacita;

seluruh tubuhku kurus merana.

8Orang yang salih, terkejut dan hairan;

mereka menganggap aku sebagai orang yang tidak percaya kepada Allah.

9Orang yang baik dan tidak bersalah,

semakin yakin bahawa Allah berkenan kepada mereka.

10Tetapi jika kamu semua datang ke mari,

tiada seorang bijak pun yang akan kudapati.

11Hari-hariku telah berlalu, gagallah segala rancanganku;

hilang pula semua harapanku.

12Tetapi sahabat-sahabatku berkata,

‘Malam itu siang dan terang hampir tiba.’

Namun aku tahu dalam hatiku

bahawa tetap gelaplah keadaanku.

13Hanya dunia maut yang aku harapkan,

di sanalah aku akan tidur dalam kegelapan.

14Aku akan menamakan kubur ‘bapaku’,

dan cacing yang makan tubuhku

kusebut ‘ibuku’ dan ‘saudara perempuanku’.

15Di manakah harapan bagiku?

Siapakah yang melihat harapan untukku?

16Aku tidak mempunyai harapan lagi

apabila aku pergi ke dunia orang mati.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help