KEJADIAN 41 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Yusuf Mentafsirkan Mimpi Raja Mesir

1Dua tahun kemudian, raja Mesir bermimpi bahawa baginda sedang berdiri di tebing Sungai Nil.

2Tiba-tiba tujuh ekor lembu yang gemuk dan yang kulitnya licin berkilat, keluar dari sungai, lalu mula makan rumput di tebing sungai itu.

3Selepas itu tujuh ekor lembu yang lain muncul pula; lembu itu kurus kering. Lembu-lembu yang kurus itu berdiri di samping lembu-lembu yang gemuk, di tebing sungai.

4Kemudian lembu-lembu yang kurus makan lembu-lembu yang gemuk. Selepas itu raja terjaga daripada tidurnya.

5Raja tertidur dan bermimpi lagi. Dalam mimpinya raja nampak tujuh bulir gandum yang berisi dan masak pada satu tangkai.

6Kemudian ada lagi tujuh bulir gandum lain, yang kempis dan layu kerana ditiup angin gurun.

7Bulir gandum yang kempis itu menelan ketujuh-tujuh bulir yang berisi. Selepas itu raja terjaga dan sedar bahawa baginda sudah bermimpi.

8

52Dia berkata lagi, “Allah sudah memberikan anak kepadaku di negeri aku mengalami kesukaran,” lalu dia menamakan anaknya yang kedua “Efraim”.

53Tujuh tahun masa kelimpahan gandum, yang dinikmati negeri Mesir, berakhir.

54Kis 7.11 Kemudian datanglah tujuh tahun masa kebuluran, tepat seperti yang dikatakan Yusuf. Di setiap negeri lain ada kebuluran, tetapi di seluruh Mesir ada makanan.

55Yoh 2.5 Apabila rakyat Mesir mula menderita kebuluran, mereka meminta makanan daripada raja. Oleh itu raja menyuruh mereka pergi kepada Yusuf dan mentaati segala sesuatu yang diperintahkannya.

56Apabila kebuluran itu semakin dahsyat dan meluas ke seluruh negeri, Yusuf membuka semua gudang lalu menjual gandum kepada orang Mesir.

57Orang dari seluruh dunia datang ke Mesir untuk membeli gandum daripada Yusuf, kerana kebuluran itu sangat dahsyat di merata tempat.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help