YESAYA 66 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

TUHAN Mengadili Bangsa-Bangsa

1 dan yang makan daging babi, daging tikus, serta pelbagai makanan yang najis.

18Aku mengetahui fikiran dan perbuatan mereka. Aku datang untuk mengumpulkan semua bangsa. Apabila mereka berkumpul, mereka akan melihat kuasa-Ku,

19dan sedar bahawa Akulah yang menghukum mereka.

Tetapi Aku akan menyelamatkan sebahagian daripada mereka, dan mengirim mereka kepada bangsa-bangsa di negeri-negeri jauh, yang belum pernah mendengar tentang kemasyhuran-Ku, ataupun melihat kebesaran-Ku dan kuasa-Ku. Aku akan mengirim mereka ke Sepanyol, Libia dan Lidia dengan para pemanahnya yang cekap, dan juga ke Tubal dan Yunani. Mereka akan mengisytiharkan kebesaran-Ku antara bangsa-bangsa itu.

20Mereka akan membawa semua orang sesama bangsa kamu pulang dari negeri-negeri itu sebagai persembahan kepada-Ku. Mereka akan mengenderai kuda, baghal, unta, kereta kuda, dan pedati ke bukit-Ku yang suci di Yerusalem, seperti orang Israel membawa bijirin di dalam bekas yang bersih ke Rumah TUHAN untuk bersyukur kepada-Ku.

21Sebahagian daripada mereka akan Kujadikan imam dan orang Lewi.

22 Yes 65.17; 2 Ptr 3.13; Why 21.1 Seperti langit baru dan bumi baru akan kekal kerana kuasa-Ku, demikian juga keturunan kamu dan nama kamu akan kekal.

23Pada tiap-tiap perayaan Bulan Baru dan hari Sabat, orang dari semua negeri akan datang menyembah Aku di Yerusalem.

24Mrk 9.48 Apabila mereka pulang, mereka akan nampak mayat-mayat orang yang memberontak terhadap Aku. Ulat yang memakan mayat mereka tidak akan mati, dan api yang membakar mereka tidak akan padam. Pemandangan itu sungguh mengerikan bagi semua manusia.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help