YOEL Kata Pengantar - Today's Malay Version with Deuterocanonicals
Kata PengantarKeterangan tentang Nabi Yoel tidak banyak yang terkumpul, oleh itu tidak jelas dalam tahun berapa dia hidup. Tetapi nampaknya kitab ini ditulis di antara abad kelima dan keempat Sebelum Masihi, pada zaman Empayar Persia. Nabi Yoel menceritakan kedatangan kawanan belalang yang merosakkan semua tumbuhan, dan kemarau yang sangat dahsyat di Palestina. Bencana itu ditafsirkan oleh Nabi Yoel sebagai petanda kedatangan Hari TUHAN, iaitu masa TUHAN menghukum orang yang melawan kehendak-Nya. Nabi Yoel menyampaikan seruan Allah kepada bangsa Israel supaya mereka bertaubat, dan juga janji Allah untuk memberkati umat-Nya dan memulihkan kemakmuran mereka. Satu hal yang patut diberikan perhatian adalah janji Allah untuk memberikan Roh-Nya kepada semua orang, baik wanita mahupun lelaki, tua mahupun muda. (Yoel 2.28-32, Kisah Rasul-Rasul 2.17-21).KandunganBencana Belalang 1.1—2.17Janji TUHAN untuk Memulihkan Kemakmuran Umat-Nya 2.18-27Hari TUHAN 2.28—3.21