MAZMUR 13 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Doa Minta Tolong

1Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

2Berapa lamakah Engkau akan melupakan aku, ya TUHAN?

Berapa lamakah Engkau akan bersembunyi daripadaku?

3Berapa lamakah aku mesti menanggung kesusahan

dan berdukacita siang malam?

Berapa lamakah musuhku

akan menguasai aku?

4Pandanglah aku, ya TUHAN, Allahku, dan jawablah doaku.

Pulihkanlah tenagaku; jangan biarkan aku mati.

5Jangan biarkan musuhku berkata bahawa mereka telah mengalahkan aku.

Jangan biarkan mereka bergembira kerana kejatuhanku.

6Tetapi aku bergantung kepada kasih-Mu yang abadi;

aku akan bergembira kerana Engkau menyelamatkan aku.

Aku akan menyanyi untuk TUHAN,

kerana Dia telah berbuat baik kepadaku.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help