KEJADIAN 28 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

1Kemudian Ishak memanggil Yakub, lalu memberkati dia serta berkata, “Janganlah berkahwin dengan gadis Kanaan.

2Pergilah ke Mesopotamia, kepada keluarga datukmu Betuel, dan berkahwinlah dengan salah seorang anak perempuan Laban, bapa saudaramu.

3Semoga Allah Yang Maha Kuasa memberkati perkahwinanmu dan mengurniakan banyak anak kepadamu, supaya engkau menjadi bapa kepada banyak bangsa.

4 lalu bermalam di situ. Dia berbaring untuk tidur, dan kepalanya berbantalkan batu.

12 dan berfirman, “Akulah TUHAN, Allah yang disembah Abraham dan Ishak. Aku akan menyerahkan tanah tempat engkau berbaring ini kepadamu dan keturunanmu.

14 di bumi.

15Ingatlah, Aku akan melindungi engkau dan menolongmu ke mana sahaja engkau pergi, lalu Aku akan membawa engkau kembali ke negeri ini. Aku tidak akan meninggalkan engkau sehingga Aku sudah melakukan segala sesuatu yang Kujanjikan kepadamu.”

16Kemudian Yakub bangun dan berkata, “TUHAN ada di sini, di tempat ini, tetapi baru sekarang aku mengetahuinya!”

17Yakub berasa takut lalu berkata, “Alangkah seramnya tempat ini! Tentulah ini rumah Allah, pintu gerbang syurga.”

18Pada keesokan hari, Yakub bangun pagi-pagi lagi. Dia mengambil batu yang digunakannya sebagai bantal, lalu menegakkan batu itu menjadi batu peringatan. Kemudian dia mencurahkan minyak zaitun ke atas batu itu untuk mentahbiskannya bagi TUHAN.

19Dia menamakan tempat itu Betel. (Dahulu nama tempat itu Lus.)

20Kemudian Yakub bersumpah kepada TUHAN, “Jika Engkau melindungi dan menolong aku sepanjang perjalananku, serta memberi aku makanan dan pakaian,

21sehingga aku kembali ke rumah bapaku dengan selamat, Engkau akan menjadi Allahku.

22Batu peringatan yang sudah aku tegakkan ini akan menjadi tempat Engkau disembah dan aku akan memberi Engkau sepersepuluh daripada segala sesuatu yang Engkau berikan kepadaku.”

Blog
About Us
Message
Site Map