MAZMUR 80 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Doa bagi Pemulihan Bangsa

1Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Bunga Bakung. Mazmur kesaksian Asaf.

2

3tunjukkanlah diri-Mu

kepada suku Efraim, Benyamin, dan Manasye!

Nyatakanlah kuasa-Mu;

datanglah dan selamatkanlah kami!

4Pulihkanlah kami, ya Allah!

Kasihanilah kami supaya kami selamat!

5Ya TUHAN Allah Yang Maha Kuasa,

sampai bilakah Engkau murka dan tidak mendengar doa umat-Mu?

6Engkau memberi kami kesengsaraan sebagai makanan,

dan air mata yang banyak sebagai minuman.

7Engkau membiarkan bangsa-bangsa di sekeliling berperang

kerana hendak merampas negeri kami;

musuh-musuh mengejek kami.

8Pulihkanlah kami, ya Allah Yang Maha Kuasa.

Kasihanilah kami supaya kami selamat.

9Engkau membawa umat-Mu yang seperti pokok anggur keluar dari Mesir;

Engkau mengusir bangsa-bangsa lain, lalu menanam pokok itu di negeri mereka.

10Engkau menyediakan tanah baginya;

akarnya mendalam dan menjalar ke seluruh negeri itu.

11Bayangnya meneduhkan bukit-bukit,

dan dahan-dahannya menutupi pokok sedar yang besar.

12Cabang-cabangnya menjalar ke Laut Tengah,

pucuk-pucuknya sampai ke Sungai Efrat.

13Mengapakah Engkau merobohkan pagar di sekelilingnya?

Kini sesiapa yang lalu di situ dapat mencuri buah anggurnya.

14Babi hutan memijak-mijaknya,

dan binatang liar pun memakannya.

15Berpalinglah kepada kami, ya Allah Yang Maha Kuasa.

Pandanglah kami dari syurga;

datanglah dan selamatkanlah umat-Mu!

16Selamatkanlah umat-Mu yang seperti pokok anggur yang Engkau tanam,

pokok muda yang telah Engkau jadikan begitu kuat.

17Musuh kami telah membakar dan memotong pokok itu;

biarlah mereka dibinasakan oleh kemurkaan-Mu!

18Lindungilah dan peliharalah umat yang telah Engkau pilih,

bangsa yang telah Engkau jadikan begitu kuat.

19Tidak sekali-kali kami akan meninggalkan Engkau lagi;

biarlah kami hidup, lalu Engkau akan kami puji.

20Pulihkanlah kami, ya TUHAN Allah Yang Maha Kuasa.

Kasihanilah kami supaya kami selamat.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help