1Tuan Teofilus yang terhormat,
Banyak orang telah berusaha membuat laporan tentang peristiwa yang berlaku di kalangan kami.
2Mereka menulis sesuai dengan apa yang diceritakan kepada kami oleh mereka yang menyaksikan peristiwa itu dari permulaan dan kemudian mengisytihar berita itu.
3Tetapi sekarang, Tuan Teofilus yang terhormat, saya sendiri telah menyelidiki semua peristiwa itu dari permulaannya, maka ada baiknya saya juga menulis satu laporan yang teratur untuk tuan.
4Saya berbuat demikian supaya tuan dapat tahu dengan selengkapnya bahawa apa yang telah diajarkan kepada tuan memang benar.
Kelahiran Yohanes Pembaptis Diumumkan5 ada seorang imam bernama Zakharia. Dia termasuk golongan imam Abia. Isterinya bernama Elisabet dan dia juga keturunan imam.
6Kehidupan suami isteri itu menyenangkan hati Allah. Mereka mentaati semua hukum dan perintah Tuhan.
7Mereka tidak mempunyai anak kerana Elisabet mandul dan kedua-duanya sudah lanjut usia.
8Pada suatu hari, Zakharia dan rakan-rakan segolongannya mendapat giliran untuk bertugas di Rumah Tuhan.
9Seperti biasa para imam membuang undi dan Zakharia terpilih untuk masuk ke dalam Rumah Tuhan dan membakar kemenyan di atas mazbah.
10Sementara upacara pembakaran kemenyan berlangsung, orang ramai berdoa di luar.
11Pada waktu itu malaikat Tuhan menampakkan diri kepada Zakharia. Malaikat itu berdiri di sebelah kanan mazbah tempat membakar kemenyan.
12Ketika Zakharia nampak malaikat itu, dia cemas dan takut.
13Tetapi malaikat itu berkata kepadanya, “Janganlah takut, Zakharia! Allah sudah mendengar doamu. Isterimu Elisabet akan melahirkan seorang anak lelaki. Hendaklah engkau menamakan dia Yohanes.
14Engkau akan sangat bersukacita dan bergembira, dan banyak orang akan bersukacita apabila dia dilahirkan!
15 atau minuman keras. Sejak di dalam rahim ibunya dia akan dikuasai oleh Roh Allah.
16Dia akan memimpin banyak orang Israel kembali kepada Tuhan, Allah mereka.
17
sepanjang hidup kita.
76 Mal 3.1 Engkau, hai anakku, akan disebut
nabi Allah Yang Maha Tinggi.
Engkau diutus terlebih dahulu daripada Tuhan supaya merintis jalan untuk-Nya,
77supaya memberitahu umat-Nya bahawa mereka akan diselamatkan,
apabila Allah mengampunkan dosa mereka.
78-79 Yes 9.2 Allah kita pengasih dan penyayang.
Bagi menyelamatkan kita Dia akan datang
bagaikan fajar terang yang menyinari semua orang
yang hidup dalam kegelapan dan di bawah bayang maut.
Dia akan memimpin kita
ke jalan yang menuju kedamaian.”
80Anak Zakharia membesar dan semakin kuat kerohaniannya. Dia tinggal di padang gurun sehingga tiba masanya dia menampilkan diri kepada umat Israel.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.