1Banyak orang berbuat dosa kerana wang, dan orang yang ingin menjadi kaya pura-pura buta.
2Seperti pasak tertancap di antara dua batu yang rapat, begitu juga ketidakjujuran bersarang antara jual dan beli.
3Seorang yang tidak bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan, keluarganya akan segera hancur.
Isi Hati Orang Diketahui Daripada Tutur Kata4Kalau ayakan digoyangkan, tinggallah sampahnya. Begitu juga yang kotor tinggal paling lama dalam fikiran manusia.
5Seperti barang tembikar diuji dalam perapian, begitu juga watak manusia diuji dalam percakapannya.
6Daripada buahnya diketahui pemeliharaan pokoknya. Begitu juga daripada tutur kata seseorang diketahui pemikiran hatinya. Sikap Munafik
22Seorang yang mengedipkan mata kepadamu pasti merancang yang jahat, dan tidak seorang pun dapat menghalangi dia.
23Apabila dia bersama-samamu, kata-katanya manis. Segala ucapanmu dipuji olehnya. Tetapi di belakangmu kata-katanya lain; dia menggunakan ucapanmu untuk menjatuhkan engkau.
24Tidak ada yang lebih kubenci di dunia daripada orang seperti itu, dan Tuhan pun membenci dia.
25Seorang yang melemparkan batu ke atas, melemparkannya ke atas kepalanya sendiri. Seorang yang melukai, dia sendiri kena cedera.
26Seorang yang menggali lubang akan jatuh ke dalamnya, dan seorang yang memasang perangkap akan terjerat olehnya.
27Seorang yang melakukan kejahatan akan ditimpa kejahatannya sendiri, dan dia tidak tahu dari mana datangnya.
28Orang bongkak suka mengejek dan mencaci maki, tetapi hukuman mengadang mereka seperti seekor singa.
29Orang yang suka melihat kebinasaan orang salih akan jatuh ke dalam perangkap, dan akan sengsara sebelum mati.
Membalas Dendam30Kemarahan dan dendam adalah sifat keji yang menguasai orang berdosa.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.